Saturday, September 13, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Janji Kerja Restoran Paksa Hamba Seks



















13 September 2014 - Kepong, Kuala Lumpur. Umpan kerja restoran dengan tawaran gaji lumayan, seorang wanita warga Thailand ini akhirnya terjerat dalam sindiket pelacuran selepas dijadikan hamba seks dinegara orang.

Surat Ibu selamatkan anak terus jadi pelacur

Namun hasil titipan surat dari ibunya, polis berjaya mengesan lokasi dan pergerakan sindiket terbabit.
Ia sekaligus melenyapkan azab 6 warga asing dari terus dijadikan pemuas nafsu si hidung belang.
Semua mereka diselamatkan Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIP) Bukit Aman dalam satu operasi khas di beberapa pusat urut dekat di Kepong malam tadi.

Dilarang keluar dari premis

Risikan mendapati wanita terbabit dijadikan hamba seks sejak 3 hingga 4 bulan lalu. Dan sindiket menempatkan mereka di bilik-bilik kecil yang dihuni kira-kira 10 orang. Soal siasat mendapati mangsa mendakwa mereka ditipu sindiket dan individu tertentu yang menjanjikan pekerjaan, namun sebaik tiba mereka diarahkan melacur. Mereka turut dilarang keluar dari premis.

Dalam serbuan serentak di beberapa kawasan, 20 gro warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan berhampiran. Turut ditahan seorang peniaga. Serbuan ketiga di pusat judi menahan 5 pekerja asing dan merampas 20 unit komputer judi dalam talian. Kesemua mereka dihantar ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut.

0 comments:

Post a Comment