Monday, September 29, 2014

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Maut Dirempuh Motosikal Ketika Tunggu Bas


29 September 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang terbabas di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggu bas disebuah perhentian bertentangan Kompleks Seri Setia arah Shah Alam, Selangor.

Mangsa R. Magendran 50 tahun yang bersama ahli keluarganya berada dihujung hentian bas berkenaan dilanggar sebuah motosikal yang terbabas dan tercampak kira-kira 20 meter. Mangsa dari Rumah Pangsa Desa Mentari mengalami kecederaan parah dibahagian kepala meninggal dunia ditempat kejadian.

Motosikal terbabit dipercayai dipandu laju dari arah pusat bandar dan gagal mengelak mangsa. Penunggang motosikal terbabit turut mengalami kecederaan selepas melanggar tiang hentian bas dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.

0 comments:

Post a Comment