Friday, September 26, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Pusat Snooker Tawar Judi Internet, Urut & Seks


25 September 2014 - Seri Kembangan, Selangor. Kegiatan judi internet di sebuah pusat snooker terbongkar selepas diserbu dalam operasi bersepadu pihak berkuasa di Pusat Perdagangan Seri Kembangan, tengah malam tadi. Manakala 10 GRO warga asing, 7 daripadanya warga China, 2 warga Vietnam dan seorang warga Indonesia turut diberkas di 2 pusat hiburan dan sebuah rumah urut bersebelahan premis terbabit.

Pusat Urut ada Judi Internet, Urut dan GRO Pelacur

Menurut Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul kesemua premis terbabit beroperasi tanpa lesen. Ketika serbuan pihak berkuasa menemui 30 mesin judi internet disebuah bilik khas di pusat snooker berkenaan.

Sembunyi Dalam Bilik Air

12 pelanggan turut dikenakan ujian saringan air kencing oleh Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Manakala 8 GRO diberkas selepas penguatkuasa MPSJ memecah pintu masuk sebuah premis beroperasi sebagai rumah urut. 2 lagi ditahan ketika bersembunyi dalam bilik air sebuah premis hiburan. Pemeriksaan turut menemui 4 bilah parang dan sebilah sabit. 30 set unit komputer, 4 set snooker dan beberapa peralatan audio visual dari semua premis terbabit turut di sita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat Hiburan, Pindaan 2001.








0 comments:

Post a Comment