Sunday, September 7, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Tempah Pelacur Wechat



7 September 2014 - Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Cari pelanggan menggunakan aplikasi internet 'we chat' ... Itu kegiatan sindiket pelacuran yang semakin ligat mengaut keuntungan di alam siber. 

Ditahan ketika sedang lakukan seks!

Bagaimanapun atas risikan polis, kegiatan mereka terbongkar apabila 8 pelacur asing ditahan ketika sedang melakukan seks di sebuah hotel dekat Jalan Kelang Lama malam tadi.

Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai ASP Mohammad Md Jais turut memberkas beberapa pelanggan. Hasil semakan, 3 darinya warga Indonesia, 2 Thailand dan seorang masing-masing warga Vietnam, Filipina dan China. 5 daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.


Pakej Seks Menerusi Aplikasi WeChat

Beberapa keping kondom turut ditemui. Risikan mendapati hotel terbabit pernah diserbu bulan lepas dan bilik itu didaftarkan atas nama pelacur untuk elak dikesan. Dan harga pakej seks sekitar RM300 semalam yang ditempah menerusi aplikasi we chat.

Polis masih memburu dalang sindiket berkenaan. Kesemua mereka berusia 19 hingga 32 tahun dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.




























0 comments:

Post a Comment