Friday, October 31, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Langgan Pelacur Dibekal Ubat Kuat


30 Oktober 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Jual ubat kuat untuk si hidung belang. Taktik digunakan sebagai pelaris tidak bertahan lama apabila kegiatan mereka dibongkar malam tadi.18 pelacur asing ditahan di 2 buah pusat refleksologi tidak berlesen di Taman Maluri Cheras.

Diserbu Ketika Sedang Melakukan Seks

Serbuan Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur diketuai ASP Zahirudian Baharom jam 9.30 malam berhasil dengan penyamaran 2 jam. Ketika diserbu ada yang sedang melakukan seks dan ada juga yang sedang menunggu pelanggan.

3 Bapa Ayam Turut di tahan

Semakan 14 daripadanya warga Vietnam, 3 Indonesia dan 2 Thailand hanya menggunakan pas lawatan sosial. 3 bapa ayam turut ditahan. Risikan mendapati kesemua mereka dibekal agen. Harga pakej seks mencecah 300 ringgit. Kondom dan perlatan seks juga ditemui. Kesemua mereka dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.












, , ,

MKL Crimedesk | Pelajar Langgar Bontot Maut



















30 Oktober 2014 - Mont Kiara, Kuala Lumpur. Seorang pelajar maut apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah kenderaan penyelenggaraan jalanraya tengah malam tadi. Lokasi kejadian di kilometer 2.9 Penchala Link menghala Mont Kiara.

Tersepit Di Tempat Duduk

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tersepit ditempat duduknya. Bagaimanapun paramedik ambulan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Mangsa masih tidak dikenali berusia awal 20an mengalami kecederaan parah dikepala dan dada. Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat.


Sunday, October 26, 2014

, , , , ,

3 terkorban kemalangan di Kota Tinggi, Johor.


25 Okober 2014 - Kota Tinggi, Johor. Pihak Polis melaporkan terdapat kemalangan jalanraya di Jalan Mawai Bt 13, Kota Tinggi yang melibatkan 2 kenderaan iaitu jenis Produa Kenari JGW 203 dan Proton Wira JBW 7997. 

3 terkorban iaitu 2 perempuan dan 1 lelaki semuanya Melayu maut di tempat kemalangan sementara 3 cedera. Panggilan diterima polis pada jam 21.56 dan sepasukan penyelamat diketuai oleh Komander Operasi iaitu PB Ibrahim dan 6 anggota.











, , ,

Info Rasmi Polis Peraturan Penggunaan Cermin Gelap dan lain-lain.















Salam SejahteraSalam 1Malaysia. 
YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dilampirkan info grafik bagi maklumat peraturan berhubung Penggunaan Cermin Gelap, Larangan Penggunaan Lampu HID dan Strobe Light serta Spesifikasi Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan mengikut undang-undang.
3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan agar dapat membantu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dengan membuat hebahan atau mengedarkan info grafik ini kepada semua pengguna jalan raya supaya matlamat persekitaran jalan raya yang lebih selamat dapat diwujudkan. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Mohamad Sazali Bin Baharudin
B/P: KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN
        MALAYSIA
Pegawai Perhubungan Awam
Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan
No Tel : 03-8886 6633
No fax : 03-8886 6512

21 Oktober 2014.
, , , ,

MKL Crimedesk | Pusat Refleksologi Tawar Seks



















25 Oktober 2014 - Puchong, Selangor.  Ada kad diskaun sebagai promosi khidmat pelacur. Itu taktik 2 buah pusat pelacuran di Bandar Puteri Puchong yang berselindung disebalik perniagaan refleksologi. Atas aduan awam, kegiatan itu dibongkar ketika beberapa pasangan sedang leka melakukan seks.

Sindiket Pelacuran 

16 pelacur asing diberkas dalam serbuan bahagian maksiat D7 Bukit Aman malam tadi. Hasil dari semakan, 7 masing-masing warga China dan Vietnam serta 2 tempatan didapati dibekalkan agen sindiket pelacuran yang disyaki monopoli kawasan berkenaan.

Kad Diskaun, Buku Log Pelanggan dan tunai dirampas

Risikan percaya kegiatan itu beroperasi seawal 12 tengah hari hingga lewat malam. Khidmat seks dikenakan sekitar 150 ringgit. Kad diskaun, buku log pelanggan dan wang tunai 1000 ringgit dirampas. Kondom juga ditemui di bawah tilam dan kaunter premis.

2 bapa ayam juga turut ditahan. Kesemua mereka ditahan di bawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

, , , ,

MKL Crimedesk | Geng Sekinchan Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas





















25 Oktober 2014 - Sentul, Kuala Lumpur.  Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah di sekitar Selangor membabitkan nilai rampasan RM1.3 juta. Suspek berusia 20 hingga 40 tahun yang dikenali sebagai geng Sekinchan itu ditahan di Cheras, Tanjung Karang dan Kuala Selangor selepas dipercayai bergiat aktif menjalankan kegiatan curi kenderaan sejak 2 tahun lalu.

Hantar gambar kereta menerusi whatsupp

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamu berkata sebanyak 12 kenderaan curi yang dirampas dilaporkan hilang di sekitar Selangor, Pahang, Perak dan ibu negara.  Katanya lagi, suspek ditahan 14 Oktober lalu didapati menggunakan modus operandi dengan menghantar gambar melalui aplikasi whatsupp untuk menarik minat pembeli sebelum kenderaan dijual dengan harga murah. 

Suspek akan memberitahu kenderaan itu antara kereta yang ditarik balik bank dan turut mendakwa sebahagian kenderaan itu dibeli dari Singapura. Namun apabila jual-beli sudah selesai, suspek akan meminta wang tambahan untuk mendapatkan geran. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas cukai jalan tamat dan tidak dapat memperbaharuinya, katanya pada sidang media siang tadi.











, , ,

MKL Crimedesk | Pusat Judi Bekal GRO








































25 Oktober 2014 - Selayang, Selangor. Judi di atas, bawahnya berkaraoke bersama gro asing. Taktik 2 dalam 1 yang digunakan sebuah pusat karaoke di Selayang itu hanya bertahan 3 bulan selepas digempur polis malam tadi.

GRO Vietnam Separuh Bogel Menari Tiang

Serbuan bahagian maksiat D7 IPK Kuala Lumpur diketuai pegawai turusnya DSP Che Bahrain Mohd Rose berhasil dengan penahanan 24 gro Vietnam. Ketika serbuan kesemua gro berpakaian separuh bogel itu leka melayan pelanggan. Ada yang sedang menari tiang. 2 ibu ayam juga ditahan.

Rm50 Harga Pelacur Tua

Pemeriksaan turut menemui beberapa buah komputer perjudian online jenis roullete dan buah di tingkat 1 premis. Risikan percaya kegiatan persundalan di sekitar hotel bajet berdekatan turut ditawarkan sindiket. Harga seks pula dikenakan serendah 50 ringgit semalam kerana usia pelacur agak tua. 

Kesemua mereka dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.

Friday, October 24, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Tawaran Baik Pelacur Wechat



23 Oktober 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Langgan pelacur melalui aplikasi wechat semakin digemari sindiket pelacuran.
Ditambah pula tawaran sekali percuma selepas 9 kali melanggan.

Sedang Leka Melakukan Seks

Dan malam tadi, 4 pelacur asing yang sedang leka melakukan seks diberkas di sebuah pusat urut dekat Bandar Permaisuri Cheras. Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai ASP Mohammad Md Jais turut menahan seorang bapa ayam dan pelanggan. Semakan pelacur berusia 22 hingga 35 tahun itu dari Vietnam dan Thailand didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kondom Dalam Peti Ais

Premis tidak berlesen itu cuba berselindung dari perniagaaan urut tradisional. Polis percaya pelacur di bekalkan oleh sindiket apabila ada permintaan pelanggan. Pakej seks dikenakan sehingga RM200 sekali perkhidmatan. Kondom turut ditemui di dalam peti ais.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Salak South untuk tindakan lanjut.















Saturday, October 18, 2014

, ,

MKL Crimedesk | Surau An-Nur Shah Alam Runtuh


















18 Oktober 2014 - Shah Alam, Selangor. Lebih 70 jemaah surau An-Nur Seksyen 20 Shah Alam terkejut apabila bumbung tambahan runtuh lewat petang semalam. Kejadian jam 4 petang itu berlaku ketika beberapa jemaah baru siap sedia untuk solat asar. Tiba-tiba jemaah dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum bumbung seluas 40 kaki persegi runtuh.

Bumbung Baru Siap 3 Hari

Difahamkan bumbung berkenaan baru siap dibina 3 hari lepas. Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Runtuhan mengakibatkan beberapa peralatan surau turut rosak teruk. Beberapa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam turun ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.