Sunday, October 5, 2014

Filled Under: , , , , ,

Kemalangan Maut di KM256 Utara Lebuhraya Utara Selatan

Treler bertembung Proton Saga



















4 Oktober 2014 - Ipoh. Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256 Lebuhraya Utara Selatan arah ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku lebih kurang 12 tengahari Sabtu membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah lori treler serta membabitkan beberapa buah kenderaan lain yang berlanggar sesama sendiri.


Siasatan awal mendapati lori treler itu dari Johor Bharu menghala ke Penang membawa muatan mosaic tiles manakala kereta Proton Saga tersebut dari Kuala Lumpur menghala ke Lenggong, Perak untuk bercuti. 

Treler Seret Proton 100m

Sampai di lokasi kejadian lori treler dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang kereta di lorong kanan dan menyeret kereta tersebut sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. 

2 Terkorban di tempat kejadian

Mangsa yang terkorban adalah Siti Yusliani bt Roslan dan Noor Hayati bt Wook tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan berat dan berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital Ipoh untuk menerima rawatan lanjut. 

5 kereta lain berlanggar sesama sendiri

Akibat kemalangan tersebut, 5 kereta lain cuba mengelak lori treler tersebut dan berlaku perlanggaran antara satu sama lain:-

1. M/kar Myvi WYX5245
2. M/kar Alza WWX7587
3. M/kar honda city WTY691
4. M/kar Alza AJF4858
5. M/kar Mercedez Benz
6. M/lori treler JGD8199

Post Mortem

Post mortem telah dijalankan oleh Dr Kannan dari Hospital Kuala Kangsar mengesahkatn sebab kematian ialah "severe head injury secondary to MVA".

Setakat ini post mortem telah selesai dijalankan oleh pihak hospital dan jenazah akan diambil oleh waris mangsa. Untuk makluman, pemandu dan semua penumpang dalam kereta Proton Saga tersebut  adalah keluarga kepada En. Roslan bin Ismail.

Adalah dilaporkan semasa kejadian keadaan cuaca baik di siang hari dan jalan dua lorong lurus lepas turun bukit.


0 comments:

Post a Comment