Friday, October 17, 2014

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | 5 Suspek Ditahan Kes Letupan Bom Bukit Bintang












16 Oktober 2014 - Kuala Lumpur. Polis menahan sekurang-kurangnya 5 individu pada pukul 6 petang semalam bagi membantu siasatan kes letupan bom tangan di hadapan Sun Kompleks Bukit Bintang pada 9 Oktober lalu.  Polis percaya penahanan kesemua individu tersebut semalam dapat membantu polis mendapat pentunjuk positif dalam kes tersebut.

Letupan Bom di Kelab Malam Jalan Bukit Bintang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dalam mengesahkan penahanan ini iaitu 5 individu berusia antara 25 hingga 46 tahun telah ditahan sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan insiden letupan bom ini di depan sebuah Kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang 9 Oktober lepas. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Pasukan Polis bantuan UIA di Gombak siang tadi.

Mencederakan 13 orang, Joki Meninggal Dunia

Dalam kejadian tersebut, dua butir bom tangan telah dilempar ke lokasi tersebut dengan salah satu daripadanya meledak lalu mencederakan seramai 13 orang termasuk salah seorang yang parah.  Beberapa buah kenderaan juga mengalami kerosakan akibat ledakan tersebut. 11 mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, salah seorang daripada mangsa yang cedera parah, iaitu seorang joki kereta di tempat kejadian Tiong Kwang Yie, meninggal dunia. Sementara itu 2 lagi mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang.

Kesemua tangkapan telah direman seksyen 117 KPJ sehingga 20 Oktober 2014 ini.



0 comments:

Post a Comment