Friday, October 10, 2014

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk | Bom Meletup Depan Kelab, Joki Maut 13 Cedera di Bukit Bintang



















9 Oktober 2014 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Seorang joki maut manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang jam awal pagi tadi. Kejadian jam 4.20 pagi tadi berlaku ketika 14 mangsa sedang tunggu kereta di hadapan pub terbabit.

Joki Maut dan 13 Cedera Bom Meletup

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah. Siasatan awal mendapati bahan letupan yang disyaki bom tangan dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks itu.

Satu Lagi Bom Diletupkan Unit Pemusnah Bom

Satu unit pemusnah bom menemui satu lagi bom tangan yang tidak meletup yang ditemui di bawah kereta Toyota Camry. Bom tersebut berjaya diletupkan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

7 mangsa termasuk yang maut dibawa ke hospital Kuala Lumpur dan bakinya dirawat di hospital Tong Shin. Mangsa yang mati dikenali sebagai Tiong Kwang Yie.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut. Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.


0 comments:

Post a Comment