Thursday, October 16, 2014

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk | GRO Siam Amuk Nyorok Dalam Tangki Air















14 Oktober 2014 - Puchong, Selangor. Meronta-ronta umpama meroyan minta dilepaskan dari ditahan polis. Itu antara aksi 36 gro asing yang diberkas di 2 buah pusat hiburan di sekitar Bandar Puchong malam tadi. 

Serbuan Bahagian Maksiat D7 IPD Serdang pada jam 10 dan 11 malam itu dilakukan hasil aduan awam yang mendakwa pusat terbabit kerap beroperasi lebih masa.

Persembahan Tarian Tiang

Ketika diserbu, lebih 30 pelanggan yang sedang asyik menyaksikan tarian tiang gro asing tak sempat melarikan diri. Pemeriksaan cegah jenayah turut dilakukan ke atas pelanggan. Semakan sebahagian dari mereka warga Vietnam dan bakinya China didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Risikan percaya mereka dibekalkan sindiket pelacuran yang aktif beroperasi mencari pelanggan seawal jam 5 petang dengan tips sehari mencecah 300 ringgit. Kegiatan persundalan pula dilakukan di hotel bajet berdekatan.

2 penjaga premis ditahan. Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 32 tahun dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.




















0 comments:

Post a Comment