Thursday, October 2, 2014

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Medan Selera Bekal Pelacur


2 Oktober 2014 - Pudu, Kuala Lumpur. Medan selera dijadikan pentas pelacur warga asing menayangkan tarian ghairah sebelum menarik pelanggan ke ranjang seks. Premis yang beberapa kali diserbu akibat kegiatan sama, sekali lagi digempur Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman . 

Tarian Ghairah di Medan Selera

Operasi bermula jam 12.40 pagi diketuai DSP Shahrulnizam Jaafar bersama 2 pegawai dan 25 anggota. Ketika diserbu, pelacur terbabit bertempiaran lari menyembunyikan diri namun berjaya dicekup .

Hasilnya, 35 pelacur warga asing dicekup dan ada juga dicekup ketika leka melayan pelanggan. 24 daripadanya warga China dan 11 vietnam berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Pengurus Premis Ditahan

Berdasarkan modus operandi, pelacur ini menayangkan tarian ghairah sebelum menarik pelanggan ke bilik-bilik bangunan bersebelahan yang disewa khas agen bagi aktiviti seks. Mereka dipercayai dibekalkan agen.

Seorang lelaki tempatan bertindak pengurus premis dan beberapa pelanggan juga ditahan bagi membantu siasatan. Sejumlah kondom dan peralatan seks turut dirampas . 

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan susulan



















0 comments:

Post a Comment