Tuesday, October 14, 2014

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Operasi Cherry Kesan Letup Bom



12 Oktober 2014- Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Polis Bukit Aman yakin dapat menyelesaikan kes kejadian letupan di pusat hiburan Cherry Blossom, Khamis lalu dalam masa terdekat  selepas menahan beberapa individu dalan serbuan secara besar-besaran di ibu negara malam tadi. 

Lokasi Kumpulan Kongsi Gelap

Dalam serbuan serentak itu, polis memeriksa lebih 500 pengunjung dan menahan 117 individu termasuk gro asing di tiga pusat hiburan yang dipercayai menjadi lokasi pertemuan anggota kumpulan kongsi gelap.

Lokasi Letupan Bom

Ia termasuk mereka yang terbabit dalam kejadian letupan di premis hiburan yang terletak di Jalan Bintang, Bukit Bintang hingga mengakibatkan seorang joki kereta terbunuh manakala 12 lagi cedera.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik ketika ditemui berkata, 'Ops Cherry' yang dilakukan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman bersama 122 anggota pasukan taktikal ' Stafoc' dan unit cantas wanita 'stingray' dibuat bagi membolehkan polis mengesan individu yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.

Antara yang ditahan, seorang lelaki yang disenarai sebagai orang dikehendaki polis. 3 wanita dan 9 lelaki tempatan diberkas atas kesalahan memiliki dadah. Bakinya pula gro asing dari warga Vietnam, China, Thailand dan Uganda. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah disyaki dijual oleh sindiket dadah. Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.










0 comments:

Post a Comment