Thursday, November 27, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | 21 Tukang Urut diberkas D7 IPK Selangor

26 November 2014 - Subang, Selangor. 3 pusat urut haram di sekitar Dataran Mentari Petaling Jaya yang menawarkan khidmat urutan batin dan seks digempur.

21 Pelacur Vietnam diberkas 

Serbuan serentak jam 10.30 malam dilakukan hasil intipan polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor. Ketika serbuan, ada yang sedang menunggu pelanggan. Ada pula pasangan yang sedang melakukan seks. Hasil semakan, kesemua wanita berusia seawal 18 tahun hingga 32 tahun itu didapati menyalah-gunakan pas lawatan sosial. Seorang lelaki Vietnam yang juga pelanggan ditahan untuk diambil keterangan.

Bapa Ayam

Manakala 4 lelaki tempatan disyaki bapa ayam ditangkap.
Sejumlah wang tunai, alatan urut dan seks ditemui. Menurut Pegawai Turus D7 Selangor DSP Abd Ghofar Ahmad, kegiatan terbabit dikesan sejak 2 minggu lalu atas aduan orang awam.

Harga seks dikenakan hanya 100 ringgit sekali perkhidmatan.
Polis juga percaya pelacur dibekalkan sindiket pelacuran yang sama. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.







Monday, November 24, 2014

, ,

MKL Crimedesk | GRO Thailand Dicekup Polis

19 November 2014 - Kuala Lumpur.

Aksi GRO Pendatang Asing Bila Ditangkap di Malaysia!

SERONOKNYA, dapat masuk TV! Agaknya sebab sudah biasa ditangkap kemudian dilepaskan oleh mahkamah, maka mereka ini dan pengusaha-pengusaha kelab malam, pusat karaoke dan pusat urut-mengurut sudah tidak lagi merasa gerun apabila penguatkuasa membuat operasi-operasi terjah dan bersih seperti ini.







Saturday, November 22, 2014

, , , , ,

Lombong Arangbatu Selantik, Sri Aman Meletup - 3 Maut


Terperangkap Dalam Terowong

Tiga maut dan sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam letupan lombong arang batu di kawasan Selantik, Sri Aman. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9 pagi ketika mangsa-mangsa sedang bekerja  dalam terowong sedalam 150 meter lombong tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Jilin Itar dikejarkan ke tempat kejadian.

Dipercayai Masih Ada Yang Masih Terperangkap

Lokasi kejadian kerana ianya terletak kira-kira 100 km dari Balai Bomba Sri Aman. Beberapa mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam lombong tersebut. Identiti semua mangsa masih belum di kenal pasti. 

Maklumat terkini, kesemua mangsa seramai 27 orang, 3 mati dengan 16 cedera dan dihantar ke Hospital Serian dengan 13 darinya dalam kondisi parah; sementara 6 lagi di hospital yang sama kondisi mereka masih tidak dapat dipastikan; serta 2 lagi di klinik Pantu.










Wednesday, November 19, 2014

, , , , , , , , , ,

MKL Crimedesk | KP Imigresen Sertai Operasi Pendatang





17 November 2014 - Kuala Lumpur. Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dan tidak pilih bulu dalam menjalankan operasi dan serbuan terhadap pekerja asing. 

Depoh Tahanan Sesak Bukan Penghalang

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan anggotanya akan bersikap tegas dan telus dalam usaha untuk menangani kebanjiran warga asing tanpa izin di negara ini, khususnya tindakan terhadap peranan orang tengah yang dianggap menjadi punca masalah itu. Beliau turut mengulas, kepadatan kapasiti di depoh tahanan bukan menjadi penghalang untuk mereka menjalankan operasi yang akan dilakukan secara berterusan.

500 Pendatang Asing Diperiksa

Dalam operasi yang dilakukan serentak di sekitar Lembah Klang bermula jam 8 malam tadi memeriksa lebih 500 pendatang asing. Daripada jumlah itu, sebahagiannya masih dikesan melakukan kesalahan tidak memiliki permit dan dokumen perjalanan sah. Tapak pembinaan terutamanya di pusat komersial baru antara lokasi yang sering menjadi sarang PATI.

Menyorok Bawah Rumah Setinggan

Seperti biasa, aksi cubaan meloloskan diri ke dalam semak mahupun menyorok di bawah rumah setinggan mereka sempat dirakamkan krew kami. Operasi berakhir jam 6 pagi tadi.

, , , ,

Tanah Runtuh Lagi Di Genting Highland!


Kejadian tanah runtuh di KM 4.2 jalan naik ke Genting Highland pagi tadi lebih kurang jam 12.50 pagi, telah menutupi keseluruhan jalan 3 lorong tersebut.

Sebuah MPV Polis Bantuan Genting yang datang membuat tinjauan telah tertimbus oleh runtuhan kedua yang menutupi keseluruhan jalan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sebelah jalan laluan turun digunakan sebagai laluan naik. Keadaan di lojasi hujan dan berangin. Kerja-kerja memecahkan batu dijalankan dan banyak lagi tanah yang belum diangkut. Adalah dianggarkan kerja-kerja pembersihan ini memakan masa hampir satu hari. Jalan naik ke Genting Highland telah dilencongkan mengikut jalan turun dan masuk ke Chin Swee Temple.





Saturday, November 15, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | JERAT CINTA "AFRICAN SCAM" DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK


14 November 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Padah bercinta dengan kenalan di laman sosial facebook, seorang Pembantu Tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya kerugian lebih 100 ribu ringgit selepas dia menjadi mangsa sindiket penipuan internet yang digelar "African Scam". 

Kahwin dan Hadiah Wang Tunai USD1 juta

Mangsa diperdaya seorang lelaki yang mula dikenalinya awal tahun ini. Lelaki yang menggunakan nama Aakil Muhsi atau Azim mengaku warga Eropah dan berhajat ingin berkahwin dengan wanita berkenaan. Mangsa turut dijanjikan wang tunai bernilai satu juta dolar Amerika sebagai hadiah.

Tolong Bayar Cukai RM107,350 ribu

Menurut cerita mangsa, suspek kononnya telah datang ke Malaysia bersama hadiah tersebut namun mangsa telah mengatakan yang hadiah itu telah ditahan di Imigresen Kota Kinabalu. Untuk menebus hadiah tersebut beliau harus membayar cukai dan suspek telah meminta mangsa menolong mangsa membayar cukai tersebut yang telah mengeluarkan RM107,350 dalam akaun berbeza secara berperingkat.

Mangsa yang mula menyedari tertipu selepas lelaki itu masih meminta wang daripadanya membuat laporan polis pertengahan Ogos lepas. Hasil siasatan hampir dua bulan, Polis melakukan beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur, Kajang dan Puchong dua hari lepas. Dalam serbuan itu, 15 suspek termasuk seorang wanita tempatan ditangkap.
Selebihnya, 13 dari benua Afrika seperti Nigeria dan Uganda manakala seorang wanita Filipina.

Polis turut merampas pelbagai kad ATM pelbagai bank, 26 unit telefon bimbit dan 9 komputer riba pelbagai jenama.
Kes disiasat mengikut seksyen 420 kanun keseksaan bagi kesalahan penipuan wang.

















Friday, November 14, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Remaja Mati Di Pukul Ramai-Ramai


















14 November 2014 - Danau Kota, Kuala Lumpur. Seorang remaja bekas pekerja syarikat produksi maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, malam tadi. 

20 Lelaki Bermotosikal Samun Mangsa 

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam, mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima lagi rakannya dikatakan sedang duduk di pondok berhampiran lombong di lokasi kejadian sebelum didatangi 20 lelaki bermotosikal yang dikatakan cuba menyamun mangsa dan lima lagi rakannya yang lain.

Serang Guna Kayu, Rantai Besi, Helmet

Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, 20 lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak menyerang mereka berenam menggunakan senjata jenis kayu, rantai besi, batang besi dan helmet sebelum mengarahkan kesemua mangsa menyerahkan barang berharga. Bagaimanapun mangsa enggan menyerahkan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan.

Tikam Di perut Dan Ditolak ke lombong

Difahamkan rakannya sepat melihat mangsa ditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong. Mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa di gerakkan bersama pasukan bomba pada jam 12.30 tengah malam.










Thursday, November 13, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | Gas Subsidi Di Seleweng














12 November 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Kerana hasil pulangan yang lumayan, seorang pemilik syarikat pembuat silinder LPG bertindak mengambil kesempatan dengan menyeleweng gas bersubsidi. Kegiatan itu disyaki mampu meraih pendapatan harian mencecah puluhan ribu ringgit sehari.

Peralatan Pemindahan Gas RM100 ribu Dirampas

Atas maklumat awam, kegiatan licik mereka terbongkar. Kira-kira 100 silinder gas pelbagai saiz termasuk peralatan pemindahan gas bernilai hampir RM100,000 dirampas. Serbuan kira-kira jam 11 tengah hari tadi dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa KPDNKK Daerah Petaling Jaya di kawasan perindustrian Jalan Tadang Petaling Jaya. 

Beli Gas Domestik Kemudian Pindah ke Gas Industri

Kedudukan yang terpencil memudahkan kegiatan di premis yang sudah 4 tahun beroperasi sukar dikesan. Menurut Timbalan Pegawai Penguatkuasa Daerah Nayan Ramli, hasil intipan 2 minggu mendapati sindiket bergerak dengan membeli silinder gas 14 kilogram untuk kegunaan domestik yang harganya disubsidi kerajaan. Pekerja yang terdiri dari warga asing kemudiannya akan menyalurkan gas ke dalam silinder industri 50 kilogram. 

Pihaknya tidak menolak kemungkinan gas silinder 50 kilogram itu dijual untuk pasaran tempatan dengan harga 250 ringgit. Tindakan memanggil pemilik premis dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Sabit kesalahan,  denda sehingga RM100,000 atau sehingga tiga tahun penjara bagi individu.


 






Tuesday, November 11, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | 2 Pusat Hiburan Diserbu 27 GRO Asing Ditangkap





8 November 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Polis terus menggempur premis hiburan yang disyaki bersekongkol dengan sindiket pelacuran untuk sama-sama kaut keuntungan mudah. Dan malam tadi, 2 pusat hiburan yang pernah dikenakan tindakan atas kesalahan menggajikan gro asing digempur di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Gro Sedang Leka Melayan

Hasil risikan pasukan Bahagian Maksiat D7 IPD Petaling Jaya, 27 gro asing terjerat. Ketika serbuan kesemua gro asing berusia 21 hingga 35 tahun sedang leka melayan pelanggan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, operasi dilakukan sebagai langkah membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di pusat hiburan. Hasil semakan, 20 darinya warga Thailand, 2 Indonesia dan 5 China menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Aktiviti Pelacuran di Hotel Bajet

3 lelaki pekerja warga Bangladesh turut ditahan bersama seorang wanita tempatan yang bertindak sebagai pengurus kelab berkenaan. Berdasarkan pemantauan, gro terbabit diberikan tips melalui jualan kalungan bunga sehingga 100 ringgit setiap satu. Aktiviti pelacuran pula dilakukan di hotel bajet berdekatan.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.


, , , , , ,

Syarikat Courier Hantar Dadah Syabu



10 November 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Empat cubaan menyeludup masuk dadah ke dalam negara melalui perkhidmatan kurier tumpas apabila polis merampas 8 kilogram syabu bernilai 800 ribu ringgit. Sindiket yang dipercayai didalangi warga Nigeria yang berpangkalan di China itu dikesan hasil maklumat Interpol.

Syabu Dalam Aksesoru Basikal

Serbuan pertama pada 7 November lepas di syarikat kurier di Petaling Jaya, Selangor itu polis menemui dua buah kotak yang mengandungi dadah jenis syabu. Pemeriksaan ke atas kotak pertama yang mengandungi peralatan untuk pembungkusan atau 'sealing cutting machine rubber roller' menemui 2.5 kilogram syabu. Polis juga menemui 1.9 kg syabu yang disembunyikan dalam kotak kedua yang mengandungi peralatan aksesori basikal.

Kurier Hantar Syabu Dalam Katrij Mesin Cetak

Susulan siasatan, polis sekali lagi melakukan pemeriksaan semalam. Kali ini dadah jenis sama seberat 3.5 kilogram syabu yang dikirim menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan ditemui. Selain disembunyikan dalam peralatan pembungkusan atau sealing cutting machine rubber roller' dadah berkenaan turut disorok di dalam katrij mesin pencetak. 

Bagaimanapun dalam serbuan itu, tiada tangkapan dilakukan.


Monday, November 10, 2014

, ,

Roket Eksperimen Meletup: 3 Cedera di Padang Machang.



8 November 2014 - Padang Machang, Manir, Terengganu. 3 pelajar ILP Gong Badak cedera apabila sebuah kotak yang diangkat oleh Mohd Khairul Shahiran bin Che Ibrahim meletup dan mencederakan ketiga-tiga mereka. Letupan yang berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang semasa mengemas rumah nenek kepada salah dari mereka iaitu Nazrin bin Che Mohamad yang bertujuan untuk disewakan, turut juga mencederakan Mohd Afiq bin Mohd Misran. Ketiga mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. 

Mengaku Eksperimen Bina Roket

Siasatan awal polis, Nazri menyatakan beliau tidak tahu bahan apakah yang meletup di dalam kotak yang diangkat oleh rakannya itu. Namun jam 7.50 malam Nazrin telah membuat pengakuan bahawa mereka sedang menjalankan eksperimen membina roket dengan menggunakan bahan berikut:- 

1. Sodium cholorite
2. Sulfur
3. Arang
4. Paip besi

Bahan tersebut meletup apabila mereka sedang kompress bahan-bahan tersebut. Ketiga mereka sedang mengambil jurusan elektrik di ILP Gong Badak lebih kurang 1 tahun.