Tuesday, November 11, 2014

Filled Under: , , , , , ,

Syarikat Courier Hantar Dadah Syabu



10 November 2014 - Bukit Aman, Kuala Lumpur. Empat cubaan menyeludup masuk dadah ke dalam negara melalui perkhidmatan kurier tumpas apabila polis merampas 8 kilogram syabu bernilai 800 ribu ringgit. Sindiket yang dipercayai didalangi warga Nigeria yang berpangkalan di China itu dikesan hasil maklumat Interpol.

Syabu Dalam Aksesoru Basikal

Serbuan pertama pada 7 November lepas di syarikat kurier di Petaling Jaya, Selangor itu polis menemui dua buah kotak yang mengandungi dadah jenis syabu. Pemeriksaan ke atas kotak pertama yang mengandungi peralatan untuk pembungkusan atau 'sealing cutting machine rubber roller' menemui 2.5 kilogram syabu. Polis juga menemui 1.9 kg syabu yang disembunyikan dalam kotak kedua yang mengandungi peralatan aksesori basikal.

Kurier Hantar Syabu Dalam Katrij Mesin Cetak

Susulan siasatan, polis sekali lagi melakukan pemeriksaan semalam. Kali ini dadah jenis sama seberat 3.5 kilogram syabu yang dikirim menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan ditemui. Selain disembunyikan dalam peralatan pembungkusan atau sealing cutting machine rubber roller' dadah berkenaan turut disorok di dalam katrij mesin pencetak. 

Bagaimanapun dalam serbuan itu, tiada tangkapan dilakukan.


0 comments:

Post a Comment