Tuesday, November 11, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | 2 Pusat Hiburan Diserbu 27 GRO Asing Ditangkap





8 November 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Polis terus menggempur premis hiburan yang disyaki bersekongkol dengan sindiket pelacuran untuk sama-sama kaut keuntungan mudah. Dan malam tadi, 2 pusat hiburan yang pernah dikenakan tindakan atas kesalahan menggajikan gro asing digempur di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Gro Sedang Leka Melayan

Hasil risikan pasukan Bahagian Maksiat D7 IPD Petaling Jaya, 27 gro asing terjerat. Ketika serbuan kesemua gro asing berusia 21 hingga 35 tahun sedang leka melayan pelanggan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, operasi dilakukan sebagai langkah membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di pusat hiburan. Hasil semakan, 20 darinya warga Thailand, 2 Indonesia dan 5 China menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Aktiviti Pelacuran di Hotel Bajet

3 lelaki pekerja warga Bangladesh turut ditahan bersama seorang wanita tempatan yang bertindak sebagai pengurus kelab berkenaan. Berdasarkan pemantauan, gro terbabit diberikan tips melalui jualan kalungan bunga sehingga 100 ringgit setiap satu. Aktiviti pelacuran pula dilakukan di hotel bajet berdekatan.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.


0 comments:

Post a Comment