Thursday, November 13, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Gas Subsidi Di Seleweng














12 November 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Kerana hasil pulangan yang lumayan, seorang pemilik syarikat pembuat silinder LPG bertindak mengambil kesempatan dengan menyeleweng gas bersubsidi. Kegiatan itu disyaki mampu meraih pendapatan harian mencecah puluhan ribu ringgit sehari.

Peralatan Pemindahan Gas RM100 ribu Dirampas

Atas maklumat awam, kegiatan licik mereka terbongkar. Kira-kira 100 silinder gas pelbagai saiz termasuk peralatan pemindahan gas bernilai hampir RM100,000 dirampas. Serbuan kira-kira jam 11 tengah hari tadi dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa KPDNKK Daerah Petaling Jaya di kawasan perindustrian Jalan Tadang Petaling Jaya. 

Beli Gas Domestik Kemudian Pindah ke Gas Industri

Kedudukan yang terpencil memudahkan kegiatan di premis yang sudah 4 tahun beroperasi sukar dikesan. Menurut Timbalan Pegawai Penguatkuasa Daerah Nayan Ramli, hasil intipan 2 minggu mendapati sindiket bergerak dengan membeli silinder gas 14 kilogram untuk kegunaan domestik yang harganya disubsidi kerajaan. Pekerja yang terdiri dari warga asing kemudiannya akan menyalurkan gas ke dalam silinder industri 50 kilogram. 

Pihaknya tidak menolak kemungkinan gas silinder 50 kilogram itu dijual untuk pasaran tempatan dengan harga 250 ringgit. Tindakan memanggil pemilik premis dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Sabit kesalahan,  denda sehingga RM100,000 atau sehingga tiga tahun penjara bagi individu.


 






0 comments:

Post a Comment