Saturday, November 1, 2014

Filled Under: , ,

MKL Crimedesk | Operasi Cermin Gelap & Nombor Plat


28 Oktober 2014 - TOL Sentul, Kuala Lumpur. Lagi penggunaan cermin gelap antara kesalahan paling banyak dilakukan pemilik kenderaan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan dalam 'Ops Bersepadu' di Plaza Tol DUKE Sentul malam tadi.

52 Dari 143 Saman kerana Cermin Gelap

Buktinya, sejumlah 143 saman dikeluarkan dan 52 daripadanya terhadap pemilik kereta kerana menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan. Manakala enam buah motosikal disita.

Ketua Pengarah JPJ Wilayah, Md Ziki A. Rahman berkata penggunaan cermin gelap oleh pemilik kereta menjadi ikutan ramai sekarang. Jelasnya, mereka yang ingin memasang cermin gelap walaupun atas faktor keselamatan atau masalah kesihatan harus merujuk kepada JPJ terlebih dahulu.

Operasi 3 jam bermula jam 8 malam tadi memeriksa lebih 549 buah kenderaan. Antara kesalahan lain yang dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. Lima lelaki yang dalam perjalanan pulang dari ibu negara disyaki positif dadah ditahan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan. 

Operasi itu membabitkan 31 anggota JPJ serta 10 anggota AADK, 7 Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR dan 5 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.


0 comments:

Post a Comment