Friday, November 7, 2014

Filled Under: , , , , ,

Perahu Meletup: 3 Penyelam Jabatan Perikanan Cedera


6 November 2014 - Mukah, Sarawak. Tiga penyelam Jabatan Perikanan Sarawak cedera apabila perahu yang mereka naiki meletup di Mukah, Sarawak pagi tadi. Perahu nelayan yang dikemudi penduduk tempatan Muhd Airul Hipani, 21 tahun, sebelum itu membawa lima penyelam dari Pangkalan Mukah ke dasar laut untuk urusan meletakkan tukun tiruan di dasar laut. Namun sekitar jam 9 pagi, kira-kira 12 batu nautika dari Kuala Mukah, enjin bot 60 kuasa kuda yang dikemudi Airul tiba-tiba meletup.

Terpelanting Ke Laut

Letupan itu menyebabkan seorang daripada mereka terpelanting ke dalam laut manakala lima yang lain terjun menyelamatkan diri. Mangsa yang cedera parah, termasuk patah kaki dikenali sebagai Azman Osman, 45 tahun, dan Wan Morni Wan Ibrahim, 52 tahun dan manakala seorang lagi mangsa, Iskandar  Ismail, 37 tahun, cedera di dada.

Perahu ini merupakan salah satu daripada dua buah perahu nelayan yang disewa khas oleh Jabatan Perikanan Sarawak manakala sebuah lagi ialah bot peronda milik jabatan itu. Mereka berlepas ke laut Mukah sekitar jam 7 pagi tadi. Tiga mangsa yang parah itu kini dirawat di Hospital Daerah Mukah









0 comments:

Post a Comment