Wednesday, December 31, 2014

, ,

Tanah Runtuh Di Cameron Highland: Ibu Mengandung 9 Bulan Maut

















































30 Disember 2014 - Cameron Highland. Tanah runtuh di Tringkap mengorbankan seorang wanita sarat mengandung 9 bulan dan anak berusia satu tahun. Manakala suaminya telah dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan patah kaki.

Tuesday, December 30, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Dadah dan Pelacur Asing di Pusat Karaoke

30 Disember 2014 - Kuala Lumpur. Sindiket pengedaran dadah kini mula menggunakan gro untuk jual dadah. Lebih teruk lagi, aktiviti haram itu ditawarkan di sebuah pusat karaoke keluarga. 

Dadah dan Pelacur di Pusat Karaoke Keluarga

Hasil intipan polis Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman berjaya membongkar kegiatan itu malam tadi. 12 wanita warga Vietnam diberkas bersama 2 paket kecil disyaki dadah jenis ecstacy dan ganja di pusat karoke keluarga Jalan Ipoh. Serbuan itu turut mengejutkan beberapa pelanggan lain yang leka berhibur. Pemeriksaan mendapati kesemua wanita berusia 20 hingga 30 tahun ini mempunyai passport tetapi tiada permit bekerja di premis hiburan.  Hasil soal siasat mendapati selain menjadi penghibur berkaraoke wanita asing ini juga mengenakan bayaran antara 350 hingga 450 untuk khidmat seks. 

Ibu Ayam Ditangkap

Polis masih menyiasat bekalan dadah terbabit diperolehi. Seorang wanita yang menjadi ibu ayam dan pengurus warga tempatan turut ditangkap. Kesemua yg ditangkap dibawa ke balai polis ? untuk tindakan lanjut.








Friday, December 26, 2014

, ,

MKL Crimedesk | Projek LRT Runtuh Di Putra Heights


24 Disember 2014 - Putra Height, Selangor. Seorang terbunuh manakala seorang lagi pekerja warga Bangladesh masih terperangkap bawah runtuhan di kawasan pembinaan Rel Aliran Transit Ringan LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height petang tadi. 

Lantai Runtuh, 1 Maut

Mangsa yg dikeluarkan dikenali sebaga Md Suman Mollah.
Mayat dijumpai Jam 1022 malam tadi. Dalam kejadian 4.20 petang itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja pembinaan lantai sebelum lantai berkenaan runtuh. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.29 petang. Selain seorang maut dan seorang yang masih terperangkap, dua yang lain terselamat manakala empat cedera. 

Sehingga 11 malam tadi, seorang lagi mangsa yang terperangkap masih belum ditemui dan kerja mengangkat sisa bangunan yang runtuh giat dijalankan.


, , , ,

MKL Crimedesk | Seorang Aktivis IS Didakwa

24 Disember 2014 - Sepang, Selangor. Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan militan Negara Islam IS. Muhammad Kasyafullah Kassim, 36 didakwa memberi sokongan kepada pengganas dengan menjadi ahli kepada IS. 

Ditahan di Bandar Baru Kedah

Muhammad Kasyafullah didakwa memasuki Syria dengan pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada 28 Disember tahun lalu hingga 7 April. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)A Kanun Keseksaan Akta 574 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130J. Pertuduhan dibacakan dihadapan Pendaftar Mahkamah Rozaidi Yaacob dan kes akan disebut semula pada 13 Februari 2015. Tertuduh ditahan di rumahnya di Bandar Baru Kedah pada 27 November lalu.

Wednesday, December 24, 2014

, , , ,

Berita Terkini: Jalan Simpang Pulai ke Gua Musang Runtuh


24 Disember 2014 - Berita yang baru diterima Jalan Kota Bharu ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan kerana Jalan Bukit 7 putus dua. Laluan dari Cameron Highland jika mahu balik ke Kelantan lalu Gua Musang pun ditutup dan tolong maklumkan kepada sesiapa yang mahu lalu di sana akan terpaksa patah balik. 

MetronewsKL/MKLCrimedesk.com 





Tuesday, December 23, 2014

, , , , , ,

MKL Crimedesk | Budak 9 Tahun Mati Terjatuh Dari Tingkat 9


22 Disember 2014 - Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut dipercayai memanjat ke balkoni untuk mengambil selipar yang tersangkut lalu tergelincir dan terjatuh dari tingkat 9 Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam..  Kejadian dilaporkan berlaku lebihkurang jam 4:30 petang tadi.

Kanak-kanak tersebut adalah anak tunggal yang tinggal bersama ibunya di flat berkenaan sementara bapanya adalah Pembantu Haiwan di sebuah kedai.

Ketua Polis Brickfields Asistent Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.  Mayat mangsa dibawa ke Pisat Perubatan Universiti Malaya PPUM untuk dibedah siasat dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut.

Friday, December 19, 2014

, , , , ,

Taktik Baru Sertai Kumpulan Militan Masuk Ke Syria

18 Disember 2014 - Subang Jaya, Selangor. Polis mengesan taktik terbaru digunakan rakyat Malaysia yang ingin terlibat dalam kegiatan kumpulan militan menggunakan laluan berbeza untuk masuk ke Syria. Tindakan itu dibuat bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, taktik itu dikesan hasil penahanan seorang lelaki yang juga petugas PLKN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA semalam. Dia didapati ingin ke negara ketiga terlebih dahulu sebelum ke Asia Barat. Kebiasaannya menurut Khalid, mereka akan terus menuju ke Asia Barat tetapi sekarang mereka bertukar-tukar destinasi.

Suspek juga dikatakan ingin berkahwin di Brunei dengan seorang guru sebelum berlepas ke Turki. Polis menyiasat sekiranya bekas jurulatih PLKN itu pernah cuba mempengaruhi pelatih PLKN dengan ideologinya. Latar belakang pasangan yang ingin dikahwininya turut disiasat. 

Tan Sri khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Balai League Table 2014 di Subang Jaya Selangor petang tadi.
, , , , , , ,

MKL Crimedesk | Imigresen Putrajaya Serbu Pusat Urut Ada Seks





















19 Disember 2014 - Kepong, Setapak & Pandan Perdana, Kuala Lumpur. Lambakan wanita warga asing di pusat urut mengundang rasa kurang selesa penduduk setempat.Lebih teruk lagi... mereka dipaksa melakukan kegiatan maksiat yang didalangi oleh sindiket pelacuran.

WARGA ASING DIJADIKAN HAMBA SEKS

Bertindak atas aduan awam, Jabatan Imigresen Putrajaya menggempur 3 premis urut di sekitar ibu negara malam tadi. Hasilnya 24 tukang urut warga asing dipercayai turut dijadikan hamba seks ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan.

Premis pertama diserbu di Taman Fadason Kepong di mana 9 tukang urut warga asing ditangkap. Di Setapak pula, 6 wanita warga asing yang leka mengurut pelanggan dalam keadaan bogel di bilik kecil tidak sempat melarikan diri selepas premis itu dikepung. 


10 lagi wanita asing disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral turut ditahan di sebuah pusat kesihatan di Pandan Perdana. Beberapa kondom dan peralatan seks turut dirampas. Hasil semakan menndapati 18 daripada mereka warga Vietnam, 4 China dan 3 Indonesia yang berusia 20an.

Kesemua mereka didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial.








Wednesday, December 17, 2014

, ,

MKL Crimedesk | Kereta Terbabas Satu Mati Satu Parah

16 Disember 2014 - Kuala Lumpur. Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta Proton Wira yang dinaiki terbabas sebelum merempuh  tiang bangunan di Jalan Tun Razak off Jalan Batu Bata, Sentul di Ibu negara pagi tadi. Kemalangan berlaku kira kira jam 3.50 pagi tadi ketika mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang dari Midvalley ke rumah mereka di Sentul.

Rempuhan Kuat, Mangsa Tersepit

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang tersepit dan disahkan mati di tempat kejadian. Manakala rakannya mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Satu jentera bersama 7 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sentul dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang bekerja sebagai Joki di kompleks membeli belah Midvalley dikenali sebagai J. Elfred berusia 23 tahun. Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk dibedah siasat.


, , , , ,

MKL Crimedesk | Tokan Dadah & Pelacur Asing Dicekup

16 Disember 2014 - Kajang, Selangor. Gara-gara ghairah berhibur sambil berkhayal, 4 individu termasuk tokan dadah ditahan dalam serbuah Ops Noda di sebuah Pusat karaoke di Bandar Mahkota Cheras, Kajang malam tadi. Kesemua suspek berusia 20an itu diberkas bersama 19 pelacur Vietnam yang turut bekerja di premis terbabit.

50 Pelanggan Terkejut

Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai Inspekor Razali Md. Kassim turut mengejutkan lebih 50 pelanggan. Ketika diserbu, kebanyakkan pelacur terbabit ada di setiap bilik karaoke sedang menari bersama pelanggan. Hasil semakan, mereka menyalah-gunakan pas lawatan sosial.

Puluhan biji pil ecstacy dan beberapa peket kecil syabu ditemui pada salah seorang suspek terbabit. Dadah berkenaan disyaki dijual kepada pelanggan dengan harga 50 ringgit sebiji. Manakala pelacur terbabti boleh dibawa ke hotel bajet berdekatan dengan pakej seks sekitar 150 hingga 200 ringgit sekali perkhidmatan.

Polis masih menyiasat di mana bekalan dadah diperolehi. Pelanggan dan penjaga premis ditahan untuk saringan air kencing. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.


















Monday, December 15, 2014

, , , ,

Kebakaran: 2 Rumah Setinggan Kampung Baru KL Musnah

15 Disember 2014 - Kampung Baru, Kuala Lumpur. 2 buah rumah setinggan beralamat di No. 35A, Jalan Raja Alang di sini musnah 100% akibat kebakaran awal pagi ini lebih kurang jam 4:30 pagi.

96 Kehilangan Tempat Tinggal

3 unit bomba dari BBP Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Setapak digerakkan ke lokasi kebakaran dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 5.30 pagi. 96 orang mangsa kehilangan tempat tinggal dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Pihak Bomba sedang menyiasat punca kebakaran.




Sunday, December 14, 2014

, , , , ,

MKL Crimedesk | Entertainment Spa Laris Guna Pelacur



13 Disember 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Sambutan luar biasa sebuah pusat spa kecantikan terjawab apabila premis terbabit dilengkapi pusat hiburan di dalamnya. Malah menggunakan pelacur untuk melicinkan perniagaan mereka. Buktinya 22 pelacur asing diberkas malam tadi.

Pelacur Sembunyi Bawah Katil

Serbuan bahagian D7 Bukit Aman diketuai ASP Muhammad Mohd. Jais jam 1 pagi tadi turut mengejutkan lebih 50 pelanggan. Kerana dikepung, ada pelacur bertindak menyembunyikan diri di bawah katil. Hasil semakan, 13 dari mereka warga Vietnam, 4 China, 3 Indonesia dan 2 Thailand berusia 18 hingga 32 tahun dipercayai dibekalkan agen. 6 daripadanya juga tidak memiliki dokumen perjalanan sah. 

Harga pakej seks ditawarkan dari 160 sehingga 190 ringgit sekali perkhidmatan. Seorang pelanggan yang sedang melakukan seks ditahan bagi membantu siasatan.Manakala seorang bapa ayam turut diberkas. Kesemua tangkapan dibawa ke ipd cheras untuk tindakan lanjut.






, , , ,

MKL Crimedesk | Tayang Video Lucah Booking GRO




13 Disember 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Rangsang pelanggan dengan tayangan video lucah ala mini pawagam sebelum melanggan pelacur.Taktik jijik sindiket pelacuran yang beroperasi di sebuah premis kedai dekat Sunway Mentari terbongkar apabila penyamaran polis membuahkan hasil.

Pelanggan Asyik Tonton Video dan Lakukan Seks

Operasi Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor diketuai ASP Mohd Yuzir Othman digerakkan atas aduan awam. Buktinya, 8 pelacur Vietnam ditahan malam tadi. Ketika serbuan 3 pelanggan asyik menonton video lucah dan ada juga yang leka melakukan seks. Semakan mendapati premis terbabit pernah diserbu tahun lalu dengan menggunakan taktik sama. Risikan juga mendapati kadar khidmat seks bagi sekali perkhidmatan dikenakan sekitar 100 ringgit. Polis juga percaya pelacur yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah itu dibekalkan agen. 

Perkakas seks dan wang tunai hasil kegiatan itu juga dirampas. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan susulan.




, , , ,
6 Disember 2014 - Serdang, Selangor. Biarpun lokasi itu berkali-kali dilakukan sekatan mereka seperti tidak serik-serik... Itu yang kegiatan samseng jalanan yang berdegil mengambil kesempatan untuk melakukan lumba haram. 

Di Lebuhraya Besraya, Serdang Selangor awal pagi tadi, anggota trafik Bukit Aman dan IPK Selangor terpaksa mengepung 2 laluan berlainan arah sejauh 5 kilometer bagi memberkas mereka. Sekurang-kurangnya 50 samseng jalanan berusia 20 an ditangkap ketika rancak berlumba. Ada yang cuba bergelut ketika ditahan.

Operasi yang diketuai oleh SUPT Bon Jeen Ahron, Pegawai 
Turus Penguatkuasa Trafik Bukit Aman itu bermula jam 1 pagi tadi dengan kekuatan 140 anggota polis yang digerakkan hasil aduan awam. Dalam operasi itu, 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan sebagainya. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk pemeriksaan lanjut.

Operasi berakhir jam 3 pagi tadi.
, ,

Kemalangan Maut Ambulan rempuh MPV

13 Disember 2014 - Kemalangan maut berlaku jam lebih kurang 4 petang di KM 404.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur, melibatkan dua kenderaan iaitu van ambulan dan sebuah MPV.

Diberitakan bahawa van ambulan yang dipandu dari Hospital Ipoh yang dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur telah hilang kawalan dan terbabas melanggar bahagian belakang sebuah mpv dan kedua - dua kenderaan telah terbalik di longkang sebelah kiri jalan menghala ke kuala lumpur. 

Pemandu ambulan, Safar bin Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian. 3 penumpang ambulan yang juga merupakan staf dari Hospital KL juga cedera parah, sementara kesemua pemandu dan penumpang MPV cedera ringan.







Saturday, December 13, 2014

, , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Cekup 28 Pelacur

11 Disember 2014 - Brickfield, Kuala Lumpur. Meskipun bilik-bilik yang dibina untuk kegiatan pelacuran ini pernah diserbu malah dirobohkan pihak berkuasa, namun kegiatan haram di sebuah premis kedai dekat Jalan Thambipillay itu masih ligat berlaku. Dan malam tadi, risikan polis Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman membuahkan hasil apabila 28 pelacur termasuk 4 darinya rakyat tempatan diberkas.

24 Pelacur Murahan Indonesia

Ketika serbuan kebanyakkan mereka sedang menunggu pelanggan. Ada yang asyik melakukan seks.Pemeriksaan mendapati premis kedai diubah suai kepada beberapa bilik kecil yang hanya berdindingkan papan. Namun ruang sempit kotor dan menjijikkan itu masih mendapat sambutan si hidung belang.

Semakan mengesahkan 24 wanita warga Indonesia itu hanya menggunakan pas lawatan sosial. 4 bapa ayam turut ditahan. Risikan mendapati harga seks ditawarkan serendah 30 ringgit bergantung kepada kecantikkan pelacur terbabit. Premis juga didapati tidak berlesen. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.

, , , ,

MKL Crimedesk | Polis Buru Gaduh Bola AFF Suzuki 2014

12 Disember 2014 - Kuala Lumpur. Sembilan suspek terlibat kes merusuh semasa perlawanan suku akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 Ahad lalu direman bagi membantu siasatan. Mereka dicekup dalam operasi berasingan sekitar Lembah Klang dan Johor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah semua suspek direman sehingga Isnin hadapan. Mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun. Lima daripadanya diberkas di Johor, dan masing-masing dua di Kuala Lumpur serta Selangor. Penahanan bermula malam semalam dari awal pagi dan kalau perlu akan disambung reman.

Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan. Enam lagi suspek yg terlibat insiden masih diburu. Ketika ini kes ditujuk mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi rakan Cop Selangor di talian tertera. 

Kekecohan di stadium Shah Alam itu menyebabkan penyokong Vietnam cedera.

Friday, December 12, 2014

, , ,

MKL Crimedesk | AADK Cekup Penagih Dadah



11Disember 2014 - Sentul, Kuala Lumpur. Lebih 70 orang disyaki penagih dadah ditahan dalam Ops Selamat 3 yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah AADK Kebangsaan, Tuan Izhar Abu Talib di ibunegara malam tadi.

REMAJA 15 TAHUN ANTARA DITANGKAP


Antara ditahan seorang remaja yang baru berusia 15 tahun. Operasi bermula lewat petang semalam itu tertumpu di lokasi "panas' penagih yang sudah dikenal pasti seperti kawasan perumahan Flat Pekeliling sekitar Sentul.

Operasi ini turut dibantu Jabatan Perkhidmatan Awam Melaysia JPAM, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Pasukan Sukarelawan Malaysia RELA. Operasi bertujuan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur bebas menjadi sarang penagihan selain mewujudkan persekitaran bandar selamat.

Selain melakukan pemeriksaan sekitar perumahan, sekatan jalan raya turut dilakukan. Hasilnya 42 individu akan didakwa mengikut seksyen 3 kurungan 1 Akta Penagih Dadah kerana kes gagal jamin hadir. Antara dadah yang kerap digunakan adalah ganja, methaphetamine, amphetamine, heroin dan morfin.

Kesemua mereka berusia 15 hingga 57 tahun yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat AADK Sentul untuk tindakan lanjut. Operasi ini akan digerakkan secara berterusan dalam usaha memerangi najis dadah terutama di kalangan belia.