Friday, December 12, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | AADK Cekup Penagih Dadah



11Disember 2014 - Sentul, Kuala Lumpur. Lebih 70 orang disyaki penagih dadah ditahan dalam Ops Selamat 3 yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah AADK Kebangsaan, Tuan Izhar Abu Talib di ibunegara malam tadi.

REMAJA 15 TAHUN ANTARA DITANGKAP


Antara ditahan seorang remaja yang baru berusia 15 tahun. Operasi bermula lewat petang semalam itu tertumpu di lokasi "panas' penagih yang sudah dikenal pasti seperti kawasan perumahan Flat Pekeliling sekitar Sentul.

Operasi ini turut dibantu Jabatan Perkhidmatan Awam Melaysia JPAM, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Pasukan Sukarelawan Malaysia RELA. Operasi bertujuan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur bebas menjadi sarang penagihan selain mewujudkan persekitaran bandar selamat.

Selain melakukan pemeriksaan sekitar perumahan, sekatan jalan raya turut dilakukan. Hasilnya 42 individu akan didakwa mengikut seksyen 3 kurungan 1 Akta Penagih Dadah kerana kes gagal jamin hadir. Antara dadah yang kerap digunakan adalah ganja, methaphetamine, amphetamine, heroin dan morfin.

Kesemua mereka berusia 15 hingga 57 tahun yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat AADK Sentul untuk tindakan lanjut. Operasi ini akan digerakkan secara berterusan dalam usaha memerangi najis dadah terutama di kalangan belia. 



0 comments:

Post a Comment