Tuesday, December 9, 2014

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Bas Terbabas

8 Disember 2014, Sungai Buloh, Selangor. 30 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh menuju Singapura terbabas dan terbalik di Km 447.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Jejantas Sungai Buloh awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12 pagi... bas yang bertolak dari Ipoh jam 8 malam itu dikatakan baru selesai mengisi minyak di hentian rehat dan rawat terbabit. Bagaimanapun ketika perjalanan susur keluar persimpangan, pemandu bas terpaksa mengelak dari sebuah kenderaan dari arah belakang. Keadaan itu menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan dan tergelincir masuk ke dalam lubang sedalam 1 meter di laluan yang sedang dalam proses untuk dilebarkan.

Seorang kanak-kanak 11 tahun yang cedera ringan dihantar ke hospital sungai buloh dan dirawat sebagai pesakit luar. Difahamkan kesemua penumpang dalam perjalanan percutian ke singapura. Polis akan mengambil keterangan pemandu bas bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

0 comments:

Post a Comment