Sunday, December 7, 2014

Filled Under: , , , , , , , , , , , , ,

Passport Malaysia Alvin Tan dibatalkan - Dato' Seri Zahid Hamidi

Koleksi Alvin Tan & Vivian
7 Disember 2014 - Pasport Alvin Tan, penulis blog yang menghina Islam dan mencaci Sultan Selangor akan dibatalkan berikutan tindakannya boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan membatalkan pasport milik penulis blog itu adalah mengikut Akta Imigresen. Ia akan dilakukan secepat mungkin dan tidak menolak kemungkinan seawall esok.

Langkah itu kata beliau bertepatan dengan tindakan Alvin yang lari daripada undang-undang negara setelah melakukan pelbagai kenyataan kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan antara kaum.

Datuk Ser Dr Ahmad Zahid berkata semua pihak harus maklum bahawa hak pemilikan pasport merupakan milik negara, bukannya individu. Negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan tersebut.

0 comments:

Post a Comment