Friday, December 19, 2014

Filled Under: , , , , ,

Taktik Baru Sertai Kumpulan Militan Masuk Ke Syria

18 Disember 2014 - Subang Jaya, Selangor. Polis mengesan taktik terbaru digunakan rakyat Malaysia yang ingin terlibat dalam kegiatan kumpulan militan menggunakan laluan berbeza untuk masuk ke Syria. Tindakan itu dibuat bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, taktik itu dikesan hasil penahanan seorang lelaki yang juga petugas PLKN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA semalam. Dia didapati ingin ke negara ketiga terlebih dahulu sebelum ke Asia Barat. Kebiasaannya menurut Khalid, mereka akan terus menuju ke Asia Barat tetapi sekarang mereka bertukar-tukar destinasi.

Suspek juga dikatakan ingin berkahwin di Brunei dengan seorang guru sebelum berlepas ke Turki. Polis menyiasat sekiranya bekas jurulatih PLKN itu pernah cuba mempengaruhi pelatih PLKN dengan ideologinya. Latar belakang pasangan yang ingin dikahwininya turut disiasat. 

Tan Sri khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Balai League Table 2014 di Subang Jaya Selangor petang tadi.

0 comments:

Post a Comment