Thursday, January 29, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | GRO Asing Di Cekup Bukit Aman Kerana Kegiatan Seks









Digempur ketika leka menghiburkan pelanggan menyebabkan gro asing lintang pukang mencari pintu belakang premis melarikan diri. Namun cubaan itu gagal selepas gerakan pantas polis mengepung premis terbabit. Akibatnya 20 gro asing tertangkap di sebuah pub dekat Bandar Baru Klang malam tadi. 

Turut Menawarkan Khidmat Seks

Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai ASP Razali Md Kassim turut mengejutkan lebih 50 pelanggan lain. Pemeriksaan ke atas paspot mendapati19 dari gro yang ditahan adalah warga Vietnam dan seorang Thailand didakwa dibekalkan agen pelacuran. Mereka disyaki turut menawarkan seks bebas sekitar 150 ringgit yang dilakukan di hotel bajet berdekatan. Premis bagaimanapun didapati berlesen dan akan dikenakan tindakan kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit. Seorang penjaga pub ditahan. Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 28 tahun dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut.


Wednesday, January 28, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk - GRO Asing Bogel Di Pusat Karaoke Dicekup Polis Bukit Aman































28 Januari 2015 - Kota Damansara, Selangor. Biarpun setiap hari melakukan operasi bagi membanteras kegiatan pelacuran yang berlaku di pusat hiburab mahupun pusat urut.

GRO Asing Berpakaian Separuh Bogel dan Menari 

Namun isu ini seolah-olah tidak pernah habis. Malam tadi, 25 wanita asing dipercayai dijadikan gro di sebuah pub di Kota Damansara. Ketika serbuan yang digempur oleh bahagian Pencegahan Judi dan Maksiat Bukit Aman, 50 pelanggan leka berhibur. Risikan mendapati premis berlesen itu cuba menjadikan gro asing sebagai umpan menarik pelanggan. Berpakaian separuh bogel dan menari di pentas antara layanan ditawarkan.

Semakan kesemua mereka berusia 19 hingga 43 tahun adalah warga Vietnam.


Sunday, January 25, 2015

, , , , , , ,

MKL Crimedesk - ATIPSOM Selamatkan GRO Bawah Umur


24 Januari 2015 - Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Hanya membawa salinan paspot, wanita warga asing ini yakin tidak akan diberkas polis. Malah sanggup berkelakuan sumbang dengan berkerja di pusat hiburan sebagai gro. Gaji lumayan yang ditawarkan bapa ayam hanya tinggal janji apabila mereka diberkas malam tadi. 34 gro asing termasuk 2 remaja bawah umur diberkas dalam serbuan sebuah kelab malam di jalan Kuchai Lama. 

Hanya Bawa Salinan Passport, 34 GRO Asing Ditahan

Serbuan Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman diketuai ASP Hazrul Hazwan mengejutkan lebih 40 pelanggan. Pastinya aksi lari dan cuba sembunyi di beberapa ruang rahsia sempat dirakam. Namun cubaan itu gagal. Siasatan percaya premis berlesen itu cuba kaut keuntungan mudah kerana baru beroperasi beberapa bulan lalu. Kalungan bunga sekitar 250 hingga 450 ringgit dijual sebagai tips dan disyaki turut menawarkan kegiatan seks di luar premis. 

Seorang penjaga ditahan. Kesemua mereka dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.











, , , , ,

MKL Crimedesk - STAGG Bukit Aman Tahan 64 GRO Asing



24 Januari 2015 - Petaling Jaya, Selangor. Ada seorang pelanggan sebuah pusat hiburan ditangkap selepas cuba menjadi 'hero' dengan menghalang anggota polis menjalankan tugas. Lelaki berkenaan dipercayai tidak berpuas hati setelah polis dari skuad taktikal khas yang diketuai ASP Davidson Tanggapan menyerbu tempat dia bersama 92 pelanggan lagi sedang asyik berhibur. 

Pusat Hiburan Berlesen Langgar Syarat

Dalam serbuan ini 64 wanita asing dipercayai GRO juga ditangkap. 62 daripada GRO ini warga Thailand manakala 2 lagi dari Kemboja. Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 27 tahun didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial. Pemeriksaan juga mendapati pusat hiburan ini mempunyai lesen namun melanggar syarat ditetapkan kerana beroperasi lebih masa. Risikan percaya wanita asing berkenaan turut menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara 150 hingga 600 ringgit. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.





, , , , ,

Kemalangan di Bukit Katil: JPJ, Perdana dan Kancil...? Takziah.

24 Januari 2015 - Bukit Katil, Melaka. INI adalah laporan awal kemalangan maut ini. 4 maut naik kereta Kancil dari arah Melaka berlangar dengan kereta Perdana dari arah Merlimau yang memasuki jalan bertentangan bertembung dengan kereta Kancil manakala kereta Preve dari belakang Kancil melanggar Kancil menyebabkan 2 mangsa melambung keluar dari kereta manakala dua lagi tersepit dalam kereta kancil. Pasukan bomba seramai 10 orang 2 jentera dari Merlimau dan Bukit Katil  mengeluarkan mangsa yg tersepit. Kemalangan berlaku Km 15 berhampiran Bukit Gereja Umbai.









, , , , ,

MKL Crimedesk - OPS Catut KPDNKK Pasar Borang Selayang



24 Januari 2015 - Selayang, Selangor. Kenaikan harga barang keperluan masih naik walaupun penurunan bahan api telah dikuatkuasakan. Ini terbukti setelah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdanganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Selangor membuat tinjauan di Pasar Borong Selayang awal pagi tadi.

Ada Kenaikan Harga Mendadak Dikesan

Dalam operasi yang dinamakan Ops Catut ini, 13 kes Akta Kawalan Harga dan 6 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 termasuk 3 Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan pindaan 2014 berjaya dikeluarkan.  Menurut En Yusuf Bakar, Penolong Pengarah KPDNKK Selangor, notis itu dikeluarkan untuk mendapat maklumat dari peniaga kerana mereka mengesan ada kenaikan secara mendadak. 

Namun begitu menurut En Yusuf lagi, operasi ini mungkin telah diketahui oleh peniaga di sini kerana ada yang telah menukarkan tanda harga serta menyorok alam timbangan walapun berdasarkan maklumat, terdapat banyak aduan pengguna telah diterima berkenaan perkara ini sebelum ini. Operasi mengejut bermula jam 3 pagi dan berakhir 6 pagi turut disertai 25 Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri Selangor dan cawangan Gombak.  

Operasi Catut Akan Diteruskan

Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan setakat ini sejak bermula 15 Januari lalu, pihaknya telah berjaya mengesan 117 kes dalam Operasi Catut dan ini merupakan bilangan yang tertinggi di seluruh negara.













Monday, January 19, 2015

, , , , , ,

MKL Crimedesk - Ghairah Lakukan Seks Terganggu Serbuan Polis Bukit Aman









18 Januari 2015 - Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kerancakkan pergerakan keluar masuk pelanggan ke sebuah pusat spa yang kononnya menyediakan khidmat kesihatan akhirnya terjawab apabila kegiatan pelacuran pula dikesan. Ia terbongkar selepas intipan polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor ke atas premis di Jalan Ipoh itu membuahkan hasil.
6 wanita asing disyaki dilacurkan untuk mengaut keuntungan mudah ditahan malam tadi. 

Diberkas Ketika Sedang Menikmati Seks

Mereka diberkas ketika beberapa pasangan sedang menikmati seks. Serbuan itu turut menemui pintu rahsia yang dijadikan laluan tikus bagi pelacur melarikan diri.
Hasil semakan, wanita warga Indonesia dan Bangladesh itu memiliki pas lawatan sosial. Kondom serta peralatan seks ditemui di setiap bilik. Risikan mendapati kegiatan mereka ligat beroperasi seawal jam 12 tengah hari hingga lewat pagi. Harga khidmat seks pula sekitar 50 ringgit. 2 lelaki penjaga premis dan 2 pelanggan turut ditangkap untuk membantu siasatan. Kesemua yang ditahan dibawa balai berhampiran untuk tindakan lanjut.


, , , , ,

MKL Crimedesk | Khianat Bakar Kenderaan


19 Januari 2015 - Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
Kerana perbuatan khianat, 2 buah kenderaan rentung manakala sebuah lagi rosak teruk disyaki dibakar sekumpulan samseng. Kejadian berlaku di tempat letak kereta Teratak Muhibbah Jalan Klang Lama ibu petang tadi. Orang ramai yang menyaksikan insiden itu segera menghubungi pihak bomba.

Bomba Percaya Ada Unsur Khianat

2 buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi itu bagi memadamkan kebakaran. Api berjaya dipadam 20 minit kemudian.
Siasatan awal forensik bomba percaya ada unsur khianat.
Dan pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACM Azlee Abdullah mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut akan dibuat. Polis juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sunday, January 18, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk - 6 Kali Di Serbu, Masih Aktif Bekal GRO Asing



17 Januari 2015 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 6 kali sudah diserbu dalam tempoh 2 bulan namun pusat hiburan  di Jalan P. Ramlee di ibunegara ini masih tetap melakukan kesalahan yang sama. Lebih mengejutkan premis yg terkenal ini tidak berlesen dan dipenuhi GRO warga asing. Hasilnya malam tadi 65 wanita warga asing yang disyaki GRO diselamatkan polis.

Wanita Diselamatkan Dari Terus Jadi Hamba Seks

Operasi polis yang diketuai oleh DSP Bahrain Che Rose, Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur turut menemui satu pintu rahsia yang menemukan ke pintu hotel yang disyaki digunakan sebagai laluan bagi memudahkan urusan pelacuran. Seorang Penyelia berbangsa Melayu turut ditahan. Kesemua wanita yang diselamatkan akan disiasat mengikut Seksyen 44 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2001. Manakala pusat hiburan itu dikenakan tindakan saman mengikut seksyen 4 (1b) Akta Hiburan.

Saturday, January 17, 2015

, , , , , ,

MKL Crimedesk | GRO Nyorok-Nyorok Elak Di Cekup Polis KL



2 Januari 2015 - Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Bagaikan tiada kesudahan, mana tidaknya hampir setiap tahun pusat hiburan di tengah-tengah ibu kota ini diserbu kerana disyaki memperdagangkan wanita asing menjadi hamba seks dan malam tadi,184 lagi gro asing diselamatkan dalam ops noda di sebuah pusat hiburan di sini.

Tindakan pantas 52 anggota dari Bahagian Maksiat D7, Narkotik dan STINGRAY IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman mengepung premis itu menyebabkan 2 bapa ayam diberkas.
Ketika serbuan lebih 200 pelanggan ligat berhibur. Ada yang bertindak melarikan diri ke loteng premis namun cubaan itu gagal.

Semakan mendapati 136 daripada mereka warga Vietnam, 17 Filipina dan Uzbekistan, 4 Thailand, Indonesia dan Armania manakala 2 Rusia didapati ada paspot yang dipegang bapa ayam. Risikan mendapati sindiket aktif membekalkan wanita asing di setiap pusat hiburan di ibu negara dan disyaki turut menjadikan mereka sebagai pelacur dan hamba seks. Pelancong asing pula disasarkan sebagai pelanggan.

Seorang penjaga kelab juga didapati dikehendaki polis kerana kesalahan dadah, manakala seorang lagi didapati positif dadah. 10 penjaga kelab turut ditahan untuk tujuan dokumentasi. Kesemua tangkapan dibawa ke IPK KL untuk tindakan lanjut.


, , , , ,

MKL Crimedesk | Sarang Maksiat Di Kawasan Perumahan Baru



12 Januari 2015 - Shah Alam, Selangor. Sudah menjadi kebiasaan apabila pusat urut mahupun premis kecantikan dijadikan markas untuk kegiatan pelacuran. Biarpun taktik basi itu sudah selalu dikesan pihak berkuasa namun sindiket pelacuran seakan tidak serik. 

Tukarng Urut & Pelacur Vietnam dan Indonesia Ditahan

Buktinya dalam ops noda Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor di 2 premis haram di Setia Alam, 13 wanita warga asing disyaki pelacur diberkas malam tadi. Serbuan diketuai ASP Mohd Uzir Othman dan 3 pegawai serta 16 anggota termasuk unit Cantas Wanita Daerah Shah Alam dilakukan hasil risikan seminggu. Serbuan pertama berjaya menahan 9 wanita warga Vietnam disyaki pelacur bersama 3 pelanggan. Beberapa keping kondom turut ditemui yang disorokkan dalam botol minyak wangi. Manakala serbuan kedua pula, 4 wanita warga Indonesia yang dijadikan tukang urut di tahan ketika sedang menunggu pelanggan.

Polis tidak menolak kemungkinan premis turut menawarkan perkhimatan urut batin. 2 bapa ayam dan ibu ayam turut ditahan dalan serbuan serentak itu. Sejumlah wang tunai lebih 2 ribu ringgit dirampas. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.


























, , , , ,

MKL Crimedesk - Hotel Bajet Ada Kasino SPA Khidmat Wanita Asing















17 Januari 2015 - Kota Damansara, Selangor. Walaupun hotel bajet ala-ala 2 bintang, siapa sangka di dalamnya terdapat mini kasino dan wanita asing disyaki yang dijadikan pelacur.

Keghairahan meraih keuntungan mudah tidak bertahan lama apabila polis menyerbu hotel di Kota Damansara malam tadi dan menahan 22 kaki judi. Namun begitu, operasi yang pada mulanya mensasarkan kegiatan judi online turut memberkas 3 wanita dipercayai pelacur warga China dan Vietnam. Serbuan Ops Dadu ini dilakukan hasil risikan Bahagian Perjudian D7 IPD Petaling Jaya.

Hotel Spa Operasi Haram

Ketika serbuan ada antara pelanggan sedang digoda pelacur terbabit. Hotel spa itu juga didapati beroperasi secara haram. 7 penjaga turut diberkas. Polis percaya agen pelacuran antara dalang kegiatan itu. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.























Friday, January 16, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk - Ops Gro Atip, GRO Sorok Dalam Pintu Rahsia




15 Januari 2015 - Kajang, Selangor. Sekurang-kurangnya 5 pintu rahsia terpaksa dipecahkan pihak berkuasa bagi mengesan wanita asing yang disyaki dieksploitasikan sebagai hamba seks.

Disorok Di Sebalik Dinding Batu-Bata

Itu situasi yang dihadapi penguatkuasa dalam serbua ops noda di sebuah pub di Sungai Long Kajang malam tadi. Risikan tepat membuahkan hasil apabila 16 wanita warga Vietnam yang disorokkan di sebalik dinding bata berjaya diselamatkan.

Serbuan bahagian anti pemerdagangan manusia dan imigren ATIPSOM Bukit Aman diketuai DSP Kama Azura Mohamed turut mengejutkan lebih 30 pengunjung. Ketika serbuan, mereka seakan tahu kedatangan polis. Semakan, kesemua wanita warga asing berusia 19 hingga 31 tahun memiliki paspot yang sah dan dipercayai dipaksa oleh agen sindiket pelacuran berikutan terdapat rampasan kondom dalam premis terbabit.

Premis terbabit berlesen dan pernah diserbu atas kesalahan sama. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti agen terbabit. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.










Wednesday, January 14, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Lori Pasir Jatuh Gaung 1 Mati Pemandu Parah











14 Januari 2015 - Sunga Buloh, Selangor. Seorang wanita maut manakala pemandu lori cedera apabila kenderaan mereka hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung di kilometer 28 arah sungai buloh ke kota damansada lebuh raya utara selatan PLUS malam tadi.

Menjunam Dalam Gaung 18 Meter Dalam

Kejadian berlaku apabila tayar lori 28 tan membawa muatan pasir terbabit dipercayai pecah. Hasil keterangan pemandu terbabit, mereka dalam perjalanan dari Jalan Duta ke Shah Alam. Bagaimanapun tayar depan lori ini pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 18 meter. Mangsa dikatakan tercampak dan maut ditempat kejadian akibat dihempap lori berkenaan. Manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan.

Bakal Pengantin

Sebuah jentera dari balai bomba dan penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit. Mangsa maut dikenali sebagai Mahsuri Abdul Latif berusia 50 tahun manakala yang cedera dikenali sebagai Kamarul Zaman Muhamad juga 50 tahun dipercayai bakal kahwin tidak lama lagi. Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.




Tuesday, January 13, 2015

, , , , ,

Tweet Mengaitkan JAKIM dengan Kegiatan Ekstremisme: Eric Paulsen Ditahan Polis Di bawah Akta Hasutan


13 Januari 2015 - Brickfield, Kuala Lumpur. Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty, Eric Paulsen ditahan di ibu negara malam tadi. Penahan dibuat susulan laporan polis ekoran kenyataan kontoversinya di laman twitter. Eric ditahan sepasukan polis di sebuah lokasi di Brickfield  jam 9.30 malam tadi. Peguam itu kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi. Selepas itu, dia dibawa pula ke pejabat Lawyer for Liberty di Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. Selesai pemeriksaan di situ, Eric dibawa kembali ke IPD Dang Wangi. Polis dijangka memohon reman mengikut Kanun Acara Jenayah esok. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalis Abu Bakar mengesahkan penahanan berkenaan. Siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948. Eric sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang mengaitkan Jakim dengan kegiatan ekstremisme agama.

Monday, January 12, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | GRO Jual Tubuh Terang- Terangan



10 Januari 2015 - Kepong, Kuala Lumpur. Sudahlah tidak berlesen, berani pula menawarkan khidmat gro secara terang-terangan. Taktik si kupu-kupu malam yang cuba memancing pelanggan dengan pujuk rayu manis terbantut apabila diserbu polis malam tadi.

Gro Pelacur Dibekal Sindiket

Hasilnya, 12 gro asing diberkas di sebuah pub di Laman Rimbunan Kepong di ibu negara. Serbuan Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur diketuai ASP Zahirudin Baharom turut menahan seorang penjaga premis dan seorang pekerja asing. 

Risikan mendapati gro warga Vietnam, Indonesia dan Myanmar itu dibekalkan sindiket pelacur. Dan kesemua paspot dipercayai dipegang agen sehingga langsai hutang mereka. Tips pula dikenakan ke atas pelanggan sekitar 50 hingga 100 ringgit. Manakala kegiatan seks disyaki dilakukan di hotel bajet berdekatan. Polis akan bekerja sama dengan penguatkuasa tempatan untuk mengambil tindakan menyita premis selain peralatan audio dirampas. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan lanjut.

, , , ,

MKL Crimedesk | KPDNKK Bongkar Cetak DVD Lucah























12 Januari 2015 - Seri Kembangan, Selangor. Rumah mewah 3 tingkat dalam kawasan komuniti berpagar dijadikan markas memproses dan menyimpan DVD cetak rompak. Taktik baru itu digunakan sindiket bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. 

Bagaimanapun, bertindak atas maklumat awam dan risikan, serbuan dilakukan penguatkuasa KPDNKK siang tadi. Anggota penguatkuasa terpaksa memecahkan pintu selepas rumah ini dikosongkan setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa. Timbalan Pengarah KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata dalam serbuan ini, dianggarkan sebanyak 42,064 unit DVD, mesin penyalin 34 unit, pencetak 5 unit, PC 4 unit telah dirampas dengan nilai dianggarkan sebanyak RM400,020. 

Kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987