Friday, February 27, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk | Warga Asing Mati Kena Tembak, Tetak & Bunuh

















27 Februari 2015 - Kuala Selangor, Selangor. Kerana dendam seorang peniaga runcit warga myanmar ditetak hingga mati oleh didalam bilik tidurnya di jalan harmoni, taman Harmoni, Kuala Selangor tengah malam tadi.

Tetak Mangsa Disaksikan Adik Perempuan

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 12 tengah malam tadi ketika mangsa sedang tidur. Lebih menyedihkan pembunuhan kejam itu disaksikan 2 adik perempuannya. Menurut saksi, kejadian itu terlalu pantas apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah  dari pintu belakang sebelum menyerang mangsa yg berada di dalam kelambu. Panik dengan kejadian itu saksi menjerit meminta pertolongan. 

Ketua polis daerah Kuala Selangor Supritenden Mohd Taib Ahmad berkata pemeriksaan forensik menemui lebih 5 kesan tetakan pada badan mangsa. Turut ditemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian. Mangsa dikenali sebagai Raju warga Myanmar berusia 31 tahun. Polis menyiasat dari  pelbagai sudut  samada kejadian ini mempunyai kaitan dengan kes melepaskan tembakan seorang peniaga nasi lemak di pasar borong Kuala Lumpur bulan lalu. Mayat dihantar ke hospital Kuala Selangor untuk dibedah siasat.









Thursday, February 26, 2015

, , ,

Pecah Rumah: Pencuri 'seluar & baju dalam' wanita di Taman Seri Bahagia ditangkap!

24 Februari 2015 - Klang, Selangor. Seorang lelaki Melayu berstatus duda telah ditangkap setelah memecah masuk rumah jiran sebelah dan mencuri beberapa peralatan di Taman Seri Bahagia , Taman Sentosa, Klang. 

Kes dianggap pecah rumah (Seksyen 457 KK) setelah mangsa membuat laporan polis. 

Siasatan polis mendapati pintu grill dan pintu kayu depan rumah telah terbuka dan didapati pelbagai peralatan rumah telah dicuri seperti TV Jenama ECG, Cerek elektrik, Kasut jenama Adidas, Beg, Camera, mesin Jahit, Printer, Travel iron, kipas meja dan lain-lain barang rumah lagi. Jumlah kerugian lebih kurang RM 5K.

Bertindak atas maklumat pada 23 Februari 2015 jam lebih kurang pukul 11 malam satu serbuan telah dibuat oleh ASP Sukri bersama sepasukan Polis telah membuat pemeriksaan ke sebuah rumah di Jalan Temenggung 20 Off Jalan Sungai Jati Taman Seri Bahagia 41200 Klang Selangar dan membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut yang merupakan jiran pengadu. Hasil serbuan, barang milik pengadu yang hilang telah dirampas daripada suspek yang ditangkap di dalam rumah suspek. 

Hasil pemeriksaan rumah suspek turut dijumpai pelbagai baju dalam dan seluar dalam wanita di dalam rumah suspek dalam jumlah yang banyak. Adalah disyaki suspek 'gemar' mencuri seluar dalam dan baju dalam wanita diampaian lebih kurang 50 buah rumah disekitar  Taman Seri Bahagia Klang. Suspek menjelaskan mencuri seluar dalam dan baju dalam wanita ialah untuk bahan koleksi sahaja. Suspek juga disyaki melakukan pecah rumah secara berseorangan

Siasatan diteruskan untuk kenalpasti penglibatan suspek dalam kes pecah rumah di sekitar Daerah Klang.








Monday, February 23, 2015

, , , , , ,



22 Februari 2015 - Biarpun kerap diserbu dan dikenakan tindakan undang2, namun sindiket pelacuran terus aktif mencari lubuk duit untuk kaut keuntungan mudah. Malam tadi sebuah pusat hiburan karaoke digempur dan berjaya memerangkap 35 wanita disyaki pelacur asing. 18 daripada mereka gagal mengemukakan sebarang paspot. 

Cuba Guna Pintu Belakang Untuk Lari

Semasa diserbu ada antara mereka cuba menggunakan pintu belakang premis untuk melarikan diri... namun gagal. Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai SUPT Razali Abu Samah bersama 2 pegawai dan 16 anggota turut mengejutkan lebih 60 pelanggan yang sedang berhibur. Mereka turut diperiksa sebagai langkah ops cegah jenayah. 

Hasil semakan kesemua wanita terbabit dikenalpasti sebagai warga Vietnam. Mereka dipercayai dibekalkan sindiket pelacuran melalui 'orang tengah'. Kegiatan seks disyaki ditawarkan dengan harga 150 hingga 200 ringgit Malaysia dan dilakukan di hotel-hotel bajet berdekatan. Seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis ditahan. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.







Sunday, February 22, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | Pusat karaoke GRO Asing Diserbu Bukit Aman









18 Februari 2015 - Klang, Selangor. Sedia pintu rahsia untuk mudahkan GRO meloloskan diri jika diserbu. Itu antara pendekatan digunakan sebuah premis karaoke di Klang untuk memastikan semua pekerja tidak ditangkap oleh pihak berkuasa. Selain itu pintu kebal digunakan di bahagian masuk ke premis ini bagi menyukarkan pihak berkuasa memecah masuk. 

Bertindak atas aduan dan risikan, sebuah premis hiburan yang menyediakan lebih 30 bilik karaoke di Wisma AMI, Taman Desawan, Klang di serbu jam 1.15 pagi tadi. Operasi yang disertai pasukan dari bahagian maksiat STINGRAY Bukit Aman dan IPD IPD Klang ini diketuai oleh Superitendan Razali Abu Samah. Ketika serbuan kira kira 100 pelanggan sedang berhibur di dalam 30 buah bilik karaoke yang disediakan di premis ini. Hasil pemeriksaan kesemua pelanggan ini didapati tidak mempunyai rekod jenayah atau dikehendaki oleh polis. Bagaimanapun 29 wanita warga Vietnam, 3 wanita Indonesia dan seorang dari China yang menjadi pelayan pelanggan atau GRO ditangkap. 

Kesemua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja. Risikan juga percaya wanita asing ini menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran antara 200 hingga 300 ringgit. Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang mengaku Pengurus premis hiburan ini Kes disiasat dibawah Sek 55B, 6(1)C Akta Imigresen & Sek 39b Peraturan Imigresen.

Saturday, February 21, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | OPS LIMAU - Stor Mercun Diserbu Polis













14 Februari 2015 - Klang, Selangor. Kurang seminggu lagi sambutan tahun baharu cina, sindiket jual mercun mula memasuki pasaran mencari lubuk untuk raih keuntungan ribuan ringgit. Rentetan itu, Polis Diraja Malaysia melancarkan ops limau selama 15 hari bagi mencegah jenayah itu dari terus berleluasa. 

Mercun dan Bunga Api Nilai RM30 ribu Dibongkar

Buktinya, 4 lelaki termasuk remaja 17 tahun ditahan selepas memiliki satu stor haram menempat lebih puluhan kotak mengandungi mercun dan bungi api bernilai lebih kurang 30 ribu ringgit dibongkar di Pandamaran, Klang. Serbuan dijalankan polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor kira-kira jam 9 malam tadi, diketuai oleh Pegawai Ketua Turus D7 Selangor, DSP Abdul Ghaffar Ahmad. Ketika serbuan semua suspek sedang sibuk memunggah bahan terlarang itu untuk diagihkan kepada pembeli.

Antara jenis mercun yang dirampas... klcc, thunder clap dan roket. Bekalan ini dipercayai dibawa masuk sejak seminggu lalu untuk dijual sempena sambutan tahun baharu cina ini. Keempat-empat suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 37 tahun kemudian dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Klang selatan utk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Friday, February 20, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Polis Lancar Ops Cegah Jenayah Sempena Musim Perayaan











19 Februari 2015 - Klang, Selangor. 20 individu termasuk suspek yang dikehendaki dalam beberapa kes ditangkap manakala 50 lagi diperiksa dalam Ops Cegah Jenayah. Operasi dilancarkan sempena cutu perayaan Tahun Baru Cina di sekitar daerah Klang Selatan awal pagi tadi. 

Siren Polis Dibunyikan Tepat Jam 12 Tengahmalam

Operasi ini menampilkan sedikit kelainan apabila siren polis dibunyikan tepat jam 12 tengah malam bagi menandakan anggota polis sudah berada di lokasi. Antara kawasan dironda oleh pasukan yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamaruzaman Mamat ini ialah kafe siber. Dalam serbuan di kafe siber ini, 12 pengunjung ditahan termasuk seorang kanak kanak berusia 11 tahun yang mengikut abangnya. Penjaga premis ini dikenakan tindakan saman kerana beroperasi melebihi masa. 

Polis turut meronda kawasan perumahan di kawasan Klang Selatan bagi mengesan individu yang mencurigakan. Antara gelagat yang dirakam krew NTV7 adalah pergaduhan antara dua individu ini yang dipercayai mabuk. Anggota yang bertugas berjaya meleraikan pergaduhan itu daripada terus melarat hingga mencetuskan perkara tidak diingini. 

Dalam rondaan dilakukan polis turut memberikan nasihat kepada penduduk supaya tidak membakar mercun yang menjadi satu kesalahan. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.




















Wednesday, February 18, 2015

, , , , , ,

Rumah Flat Permai Jaya Terbakar

  
18 Februari 2015 -Miri, Sarawak. Satu insiden kebakaran Rumah flat Lorong 9, Flat Permai Jaya, Miri, Sarawak pada awal hari ini jam lebihkurang 4 pagi telah berlaku. Kebakaran melibatkan sebuah rumah flat yang masih dalam pengubahsuaian untuk dijadikan bengkel dan kantin terbakar 100%. Jenis rumah terlibat adalah separuh kekal. Keluasan 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang. 

3 orang telah meninggal dunia dipercayai terperangkap dan lemas dalam asap. Mangsa 2 orang wanita dan seorang lelaki berbangsa Cina adalah satu keluarga. Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. 

Sunday, February 15, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk | Pusat Karaoke Di Serbu Unit D7 Bukit Aman











14 Februari 2015 - Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Tak sampai sebulan diserbu,namun pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama ini masih berani beroperasi bagai mencabar kewibaan pihak polis. Ini memaksa Unit D7 Bukit Aman dengan kekuatan 2 Pegawai dan 22 Anggota dan diketuai oleh Supt Razali Abu Samah membuat serbuan pemeriksaan di premis berkenaan.

Semasa pemeriksaan dijalankan KARAOKE dalam keadaan muzik sedang dimainkan dengan kuat. Terdapat 50 pelanggan di dalam premis yang mempunyai 30 Buah bilik-bilik Karaoke. Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan seramai 13 perempuan warganegara Vietnam & 2/P w/negara China. Pemeriksaan ke atas kesemua pelanggan dapati tiada sebarang kesalahan dan kesemuanya dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi. Premis  mempunyai  lesen perniagaan yg sah sehingga 30/04/15. 

Karaoke menyediakan perkhidmatan gro warga asing dan seterusnya bagi tujuan kegiatan pelacuran dengan harga dari rm300 hingga rm500 untuk sekali perkhidmatan seks di hotel2 bajet kawasan berhampiran. Turut ditahan ialah 1/L Cina tempatan yang mengaku sebagai Pengurus premis. Siasatan dibawah Sek 55B, 6(1)C Akta Imigresen & Sek 39b Imigresen. Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Brickfield utk siasatan lanjut.


Thursday, February 12, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Mayat Disimen Dalam Tong



11 Februari 2015 - Hulu Selangor, Selangor. 
Pemancing jumpa mayat disimen dalam tong. Bau busuk yang menyengat sekitar kawasan ladang estet Bukit Beruntung membawa kepada penemuan mayat yang disimen dalam tong berhapiran sebuah kolam ikan. Mangsa ditemui pemancing yang sedang menjala ikan kira-kira jam 11 pagi. 

Curiga dengan bau busuk.. mereka cuba memeriksa kawasan sekitar. Bagaimanapun panik selepas menemui beberapa tulang yang melekat dengan konkrit di dalam tong biru. 

Satu jentera dari balai Kuala Kubu Baru dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memecahkan tong berkenaan. Pemeriksaan forensik menemui beberapa cebisan tulang, bagaimanapun identiti tidak dapat dipastikan. Menurut Ketua Polis Hulu Selangor R. Suparamaniam, mangsa dipercayai mati lebih 2 bulan dan disyaki dibunuh dengan kejam. Motif pembunuhan dalam siasatan. Mayat dibawa ke hospital Kuala Kubu untuk siasatan lanjut.





Saturday, February 7, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | KPDNKK Serbu Premis Cetak Rompak DVD











6 Februari 2015 - Petaling Jaya, Selangor. Kalau sudah lanun... apa sahaja barang yang mendapat permintaan tinggi dari masyarakat pastinya dijadikan bahan cetak rompak. Produk keluaran GIVI Asia seperti beg dan baju hujan tidak dapat lari daripada satu masalah utama industri iaitu perompak industri atau lanun cetak rompak. Buktinya lebih 300 unit baju hujan dan beg jenama itu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas di sebuah rumah teres 2 tingkat di Jinjang Kepong petang tadi. 

Serbuan Bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya diketuai Nur Asyiki Bahari itu dilakukan hasil intipan seminggu. Namun ketika serbuan dijalankan, premis terbabit tidak berpenghuni. Semakan atas rekod jualan, harga barangan ciplak 30 peratus lebih murah daripada produk tulen. Pemeriksaan turut mendapti kualiti barang 60 peratus lebih rendah dari asli. Sindiket cukup bijak menghasilkan produk baju hujan yang sukar ditentukan ketulenannya. Logo, butang, zip sehingga pelekat hologram berjaya ditiru. Dan percaya bekalan itu dipasarkan kepada penjual barangan motosikal di sekitar lembah klang. Pemilik premis diburu. Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Thursday, February 5, 2015

, , ,

MKL Crimedesk - Lambakan GRO Asing Di Pusat Hiburan Di Serbu IPK KL

Adakah perlu kerajaan Malaysia membuat gerakkan besar-besaran bagi menangani isu-isu ini:-

1. Pelancong-pelancong guna visa lawatan atau pelajar untuk memasuki negara ini tapi akhirnya menggunakan peluang memasuki negara ini untuk bekerja sebagai pekerja seks dan perkhidmatan pelayan Gro;

2. Lebih pelik ada yang datang ke Malaysia tanpa ada sebarang dokumen! Ajaibnya boleh lihat blog ini dan rakaman-rakaman kami sejak tahun 2011 lagi tentang perkara yang cukup pelik tapi berlaku di negara ini dan yang ironinya berlaku dalam sebuah bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, PJ dan Kelang...! Jika hendak dikatakan pihak polis tidak mengawal atau membenterasnya, pihak kami senantisa mengikuti perkembangan ini bersama pihal polis, imigresen dan lain-lain membuat serbuan-serbuan atas maklumat yang diterima dari pihak awam;

3. Dan yang ini agak kelakar tapi serius masalah ini kerana apabila tangkapan dibuat dan dihantar ke mahkamah, selalunya pihak-pihak swasta yang ditangkap (majikan atau pengurus kepada syarikat yang menjalankan perniagaan ini) selalunya boleh 'lepas' mudah atau dijatuhkan hukuman yang ringan seperti denda...sedangkan implikasinya amat besar kepada peradaban dan budaya social rakyat Malaysia khasnya, adakah ini tidak menjadi agenda penting untuk diselamatkan oleh pihak mahkamah? 

4. Pihak PBT juga seperti tidak dapat memainkan peranan yang sewajarnya dengan mudah memberikan lesen-lesen tanpa kawalan (ataupun mereka hanya berperanan mengeluar dan mengutip bayaran lesen tetapi tidak dipertanggungjawabkan untuk mengawal?) sehinggakan banyak premis-premis yang ditutup oleh pihak polis boleh dengan mudah dibuka pada malam itu juga?

Seharusnya kerajaan Malaysia perlu lebih tegas, jika tidak rakyat akan mentertawakan semua pihak-pihak berkuasa ini baik dari agensi manapun, dan kita tidak boleh menutup andaian dan sangkaan rakyat bahawa semua agensi-agensi ini terlibat dalam suatu gerakan sindiket yang besar dan bersifal global yang dengan mudah 'membeli' agensi-agensi ini? Wallahualam! semoga dijauhkan dan harapnya perkara ini dapat dikawal sehabis-habis daya-upaya semua agensi-agensi yang terlibat, dan jika tidak terdaya kerana kekangan tenaga dan tahap professionalisme yang tidak setanding dengan kepakaran sindiket ini, mungkin boleh gunakan tenaga tentera, tentera bantuan dan lain-lain? sekadar cadangan untuk kita fikirkan dan pihak kami mengalu-alukan jika....





































Monday, February 2, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk - Gro Bawah Umur Diselamat Polis Bukit Aman






30 Januari 2015 - Klang, Selangor. Lagi markas pelacuran digempur Bukit Aman. Malam tadi 3 remaja wanita berjaya diselamatkan dari dijadikan hamba si hidung belang. Mereka ditemui ketika memberkas 31 wanita warga Vietnam disebuah pub di Lebuh Gopeng Klang. 

100 Pelanggan Leka Berhibur Terkejut

Operasi Bahagian Maksiat D7 jam 1:30 pagi diketuai oleh SUPT Razali Abu Samah, Ketua Pencegahan Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, dikuatkan dengan 2 pegawai dan 12 anggota itu turut mengejutkan 100 pelanggan yang leka berhibur. Seperti kebiasaan, aksi gro asing yang ligat mencari ruang sembunyi sempat dirakam. Semakan 11 daripada mereka gagal mempamerkan paspot. Hasil penyamaran, premis turut menawarkan layanan tarian tiang ketika waktu puncak. Malah, pelanggan akan mengalungkan bunga kepada gro terbabit sebagai tips. Bayaran dikenakan sekitar RM100 - RM150. Polis juga percaya bahawa mereka turut sediakan khidmat pelacuran dilakukan di hotel bajet berdekatan. Seorang penjaga ditahan. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD KLANG UTARA untuk tindakan lanjut.