Monday, February 2, 2015

Filled Under: , , , , , ,

MKL Crimedesk - PPKPA Bantu Pekerja Asing Ditipu Majikan


31 Januari 2015 - Kuala Lumpur. Ini pula masalah membabitkan warga asing. Mereka ini mendakwa ditipu oleh majikan atau ejen pekerja asing sehingga menjadi pekerja tebusan tanpa permit. Penderitaan dihadapi sekumpulan pekerja asing ini didedahkan Pusat Perlindungan Dan Kaunseling Pekerja Asing (PPKPA) dalam sidang media di ibu negara pagi tadi.

Bantu Pekerja Asing Ditipu Majikan atau Agen

Menurut Pengerusi PPKPA Datuk Tengku Zainol Rashid, dijangka terdapat 4 juta pekerja asing yang memiliki masalah permit akibat ditipu agen atau majikan yang masih berada di dalam negara ini. Justeru, Maka PPKPA berhasrat mahu membantu kerajaan Malaysia menguruskan pekerja asing yang teraniaya ini bagi menyediakan penyelesaian pekerjaan dan melalui proses pemutihan.

Menurut Datuk Tengku Rashid lagi, 10% dari anggaran 4 juta ini dikenal-pasti sebagai pekerja mahir. Kebanyakkannya terdiri daripada pekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembuatan. PPKPA turut menyediakan khidmat peguam kepada pekerja asing ini untuk memudahkan urusan mereka mendapat permit kerja yang sah. Selain itu khidmat kauseling dan doktor panel juga diberikan kepada pekerja yang mengalami masalah emosi dan kesihatan akibat ditipu oleh majikan atau ejen. 

Setiap ahli PPKPA yang berdaftar akan menerima kad yang merekodkan data pekerja asing terbabit. Sehingga kini terdapat lebih 17 ribu pemegang kad terbabit.

0 comments:

Post a Comment