Sunday, February 22, 2015

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Pusat karaoke GRO Asing Diserbu Bukit Aman









18 Februari 2015 - Klang, Selangor. Sedia pintu rahsia untuk mudahkan GRO meloloskan diri jika diserbu. Itu antara pendekatan digunakan sebuah premis karaoke di Klang untuk memastikan semua pekerja tidak ditangkap oleh pihak berkuasa. Selain itu pintu kebal digunakan di bahagian masuk ke premis ini bagi menyukarkan pihak berkuasa memecah masuk. 

Bertindak atas aduan dan risikan, sebuah premis hiburan yang menyediakan lebih 30 bilik karaoke di Wisma AMI, Taman Desawan, Klang di serbu jam 1.15 pagi tadi. Operasi yang disertai pasukan dari bahagian maksiat STINGRAY Bukit Aman dan IPD IPD Klang ini diketuai oleh Superitendan Razali Abu Samah. Ketika serbuan kira kira 100 pelanggan sedang berhibur di dalam 30 buah bilik karaoke yang disediakan di premis ini. Hasil pemeriksaan kesemua pelanggan ini didapati tidak mempunyai rekod jenayah atau dikehendaki oleh polis. Bagaimanapun 29 wanita warga Vietnam, 3 wanita Indonesia dan seorang dari China yang menjadi pelayan pelanggan atau GRO ditangkap. 

Kesemua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja. Risikan juga percaya wanita asing ini menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran antara 200 hingga 300 ringgit. Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang mengaku Pengurus premis hiburan ini Kes disiasat dibawah Sek 55B, 6(1)C Akta Imigresen & Sek 39b Peraturan Imigresen.

0 comments:

Post a Comment