Thursday, February 26, 2015

Filled Under: , , ,

Pecah Rumah: Pencuri 'seluar & baju dalam' wanita di Taman Seri Bahagia ditangkap!

24 Februari 2015 - Klang, Selangor. Seorang lelaki Melayu berstatus duda telah ditangkap setelah memecah masuk rumah jiran sebelah dan mencuri beberapa peralatan di Taman Seri Bahagia , Taman Sentosa, Klang. 

Kes dianggap pecah rumah (Seksyen 457 KK) setelah mangsa membuat laporan polis. 

Siasatan polis mendapati pintu grill dan pintu kayu depan rumah telah terbuka dan didapati pelbagai peralatan rumah telah dicuri seperti TV Jenama ECG, Cerek elektrik, Kasut jenama Adidas, Beg, Camera, mesin Jahit, Printer, Travel iron, kipas meja dan lain-lain barang rumah lagi. Jumlah kerugian lebih kurang RM 5K.

Bertindak atas maklumat pada 23 Februari 2015 jam lebih kurang pukul 11 malam satu serbuan telah dibuat oleh ASP Sukri bersama sepasukan Polis telah membuat pemeriksaan ke sebuah rumah di Jalan Temenggung 20 Off Jalan Sungai Jati Taman Seri Bahagia 41200 Klang Selangar dan membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut yang merupakan jiran pengadu. Hasil serbuan, barang milik pengadu yang hilang telah dirampas daripada suspek yang ditangkap di dalam rumah suspek. 

Hasil pemeriksaan rumah suspek turut dijumpai pelbagai baju dalam dan seluar dalam wanita di dalam rumah suspek dalam jumlah yang banyak. Adalah disyaki suspek 'gemar' mencuri seluar dalam dan baju dalam wanita diampaian lebih kurang 50 buah rumah disekitar  Taman Seri Bahagia Klang. Suspek menjelaskan mencuri seluar dalam dan baju dalam wanita ialah untuk bahan koleksi sahaja. Suspek juga disyaki melakukan pecah rumah secara berseorangan

Siasatan diteruskan untuk kenalpasti penglibatan suspek dalam kes pecah rumah di sekitar Daerah Klang.








0 comments:

Post a Comment