Tuesday, March 31, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Polis Kuala Lumpur Rampas 500 Telefon Bimbit Tiruan











Tuesday, March 24, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Imigresen Terus Gempur Lubuk Pendatang Asing













23 Mac 2015 - Kuala Lumpur. Lokasi ini lazimnya dihuni pendatang asing tanpa izin, lebih teruk lagi mereka seakan berani mencabar kewibaan pihak berkuasa apabila kegiatan pelacuran turut berleluasa tidak kira siang atau malam.


Atas aduan awam, imigresen Putrajaya bertindak menggempur lubuk maksiat itu di Plaza Ace dan sebuah restoran dekat Jalan Pasar Pudu malam tadi. 76 PATI ditangkap dan seperti biasa, aksi melarikan diri dan cuba menghalang tugas Penguatkuasa sempat dirakam oleh lensa kami.


Serbuan dengan kekuatan 188 anggota Penguatkuasa itu yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya, Tuan Zahari Abdul Aziz itu digerakkan melalui pemeriksaan rumah di Plaza berkenaan. Penguatkuasa terpaksa memecahkan beberapa pintu rumah kerana mereka gagal memberikan kerjasama. 


Beberapa kondom ditemui. Yang ditahan 27 daripadanya lelaki dan 47 wanita Vietnam, China, Myanmar dan Bangladesh berusia 20 hingga 40an. Antara kesalahan dikesan adalah tiada dokumen perjalanan sah, menyalah-gunakan passport dan tinggal lebih masa. Kesemua tangkapan disiasat atas kesalahan yang dirujuk mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6 (1)(c)

























Wednesday, March 18, 2015

,

Tokan Felda Maut


18/03/2015 8:39:16 pm: Ibrahim Taib: AS SALAM TUAN/EN. LK JAM 1300HRS SEMASA SAYA SJN 111512, KPL 133888,LK 173388, 177429 DENGAN M/LANCER WVB 2156, 2024 BERHENTI D KM 216.6 ARAH TIMUR. MASA ITUDATANG SEBUAH M/KAR NO PLATE DLM KEADAAN FANCY DAN SAYA TUJUNJUKKAN ISYARAT TANGAN SUPAYA KE TEPI DI LORONG KECEMASAN..M/KAR TERSEBUT DALAM KEADAAN PERLAHAN RAPAT KETEPI TETAPI TERUS MEMECUT LAJU HALA KE PLAZA TOL GAMBANG..SAYA BERSAMA ANGGOTA ANGGOTA TERUS MENGEJAR M/KAR TERSEBUT DAN APBLA SAMPAI D PLAZA TOL GAMBANG, M/KAR TERSEBUT TELAH MELENCUNG MELAWAN ARUS UTK KELUAR KE ARAH GAMBANG DENGAN TIDAK MELALUI PONDOK TOL TERUS MELANGGAR LAMPU ISYARAT PERSIMPANGAN GAMBANG KE KL. KAMI TERUS MENGEJAR SEHINGGA BELIAU MEMASUKI SIMPANG FELDA 1-4 LEPAR HILIR DAN MEMASUKI JALAN LADANG.LK 173388,177529 TERUS MENGEJAR M/KAR TRSBT MANAKALA SAYA BERSAMA KPL 133888 TERUS MEMASUKI JALAN SEBELAH PEJABAT UTK BUAT CUT OFF DENGAN BANTUAN SEORANG PEMUDA BERMOTOSIKAL.APABILA SAMPAI D TEMPAT KEJADIAN TELAH NAMPAK M/KAR TERSEBUT TELAH MELANGGAR SEBATANG POKOK KELAPA SAWIT. DAYA TERUS MEMBERHENTIKAN KENDERAAN DAN BUAT PEMERIKSAAN BERSAMA ANGGOTA DAPATI ADA DUA LELAKI MELAYU TIDAK SEDARKAN DIRI TERPELANTING KELUAR DARI DALAM M/KAR TERSEBUT.SETELAH DIPERIKSA DIDAPATI BEBERAPA BUNGKUSAN PLASTIK LUTSINAR YANG DI PERCAYAI  MOPINE.KEDUA DUA LELAKI YERSEBUT DIKENALI SEBAGAI 
1) MUHAMMAD HAIQAL BIN ZAKARIA (PEMANDU) IC:900505-06-5189 ALAMAT: NO 130, FELDA LEPAR HILIR 4 26300 GAMBANG PAHANG.
2) MOHD KHAIRI BIN RAZALI IC 876415-10-5445 ALAMAT: BLOCK C 0-2-04 PPR KERINCHI JLN PANTAI PERMAI 1,PANTAI DALAM 58200 KUALA LUMPUR. MANGSA MASIH MENERIMA RAWATAN DARI PIHAK PUSAT KESIHATAN GAMBANG. TK













Tuesday, March 10, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Cekup 27 GRO Asing











10 Mac 2015 - Cheras, Kuala Lumpur. Tak kira siang atau malam, sindiket pelacuran tetap berdegil menjaja pelacurnya untuk cari pelanggan. Itu kegiatan sebuah pusat refleksologi di Taman Connaught Cheras yang didapati hampir saban malam dipenuhi pengunjung si hidung belang. 

Dan malam tadi, lubuk mereka itu berjaya dibongkar dan memberkas 12 wanita vietnam disyaki pelacur. Serbuan pasukan Unit STAGG Bukit Aman ini turut menahan 2 pelanggan yang asyik melakukan seks. Seorang bapa ayam berusia 40 tahun juga ditangkap. Operasi diketuai ASP Davidson Tanggapan berhasil selepas intipan selama 3 hari. Siasatan mendapati premis terbabit beroperasi sejak 2 bulan lalu dan pelacurnya ligat menjual tubuh seawal jam 1 tengah hari hingga lewat pagi. Bayaran seks dikenakan 160 ringgit selama 45 minit. Beberapa perlatan seks dan sejumlah wang tunai dirampas. Polis masih menyiasat sindiket yang membekalkan pelacur itu.Tangkapan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

, , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Tahan Seorang Lelaki Bersama Pelacur & Kondom







9 Mac 2015 - Puchong, Selangor. Seorang lelaki yang juga bapa ayam ditangkap bersama ratusan kondom yang ditemui dalam bonet keretanya di depan sebuah rumah urut Puteri Puchong malam tadi. Suspek berusia 30 an itu diberkas ketika cuba membawa pulang gro asing yang dibekalkannya di rumah urut terbabit. 

Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat D7 IPD Serdang itu turut menahan 2 wanita warga Vietnam dipercayai dijadikan hamba seks. Pemeriksaan polis menemui sebuh kotak besar dipenuhi ratusan kondom dan kotak rokok di sembunyikan dekat bonet kereta dan bahagian bawah tempat duduk kereta. Ia disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran. Polis percaya suspek sudah mengesan kehadiran polis dan cuba elak untuk ke premis terbabit. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.


MKL Crimedesk | Kilang Kasut Musnah Dijilat Api









4 Mac 2015 - Serdang, Selangor. Sebuah kilang kasut di kawasan perindustrian Sri Serdang, Selangor musnah dalam kebakaran pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang En. Zolkipli Sailan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira kira jam 7.09 minit pagi . 



8 jentera bomba dengan kekuatan lebih 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran. Namun apabila sampai ke lokasi kejadian kira kira jam 7.11 pagi, api di kilang ini sudah marak dengan cepat. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira kira jam 7.52 pagi. Ketika kejadian,  tiada pekerja di kilang ini kerana masih belum memulakan operasi.



Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.



MKL Crimedesk | Awang Hitam Maut Jatuh Longkang Lari DarI Polis







4 Mac 2015 - Kepong, Kuala Lumpur. Padah lari dari pemeriksaan polis, seorang lelaki warga Nigeria maut setelah terjatuh dari longkang setinggi 1 meter di Laman Rimbunan Kepong malam tadi. Kejadian berlaku kira - kira jam 9. 30 malam ketika mangsa dan 2 rakannya dipercayai sedang berjalan di kawasan premis kedai taman itu. 

Pergerakannya mencurigakan memaksa polis URB yang sedang membuat rodaan cuba menahan mereka.
Salah seorang dari mereka telah menunjukkan paspotnya, manakala mangsa dan seorang lagi rakannya melarikan diri. Selepas pemeriksaan anggota URB telah teruskan rondaan. 3 minit kemudian anggota URB periksa lokasi itu sekali lagi dan terserempak dengan mangsa dan rakannya. Salah seorang telah lari dan panjat tembuk parit untuk melarikan diri. Anggota URB bertindak menolong mangsa selepas dengar jeritan meminta tolong. Mangsa disahkan mati ditempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy mangsa dipercayai seorang Nigeria tetapi tiada pengenalan diri bersamanya. Kes setakat ini disiasat sebagai Repot kematian mengejut. Siasatan masih diteruskan temasuk rekod jenayah mangsa.


, ,

Wanita Dalam Pantang Separuh Bogel Ditemui Mati







4 Mac 2015 - Petaling Jaya, Selangor. Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, Selangor. Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah.

Namun bayi lelaki berusia dua bulan terselamat. Ketika ditemui tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya. Kejadian disedari oleh suaminya kira kira jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaannya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, difahamkan mangsa yg berusia 23 tahun itu menyewa salah satu bilik di dalam sebuah rumah yg turut dihuni 5 pekerja kilang iaitu rakan suaminya. Forensik menemui senjata  digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu. Pemeriksaan turut menemui kesan pecah masuk pada bilik mangsa. Polis masih meneliti bukti bukti dan menunggu rakan serumah mangsa untuk diambil keterangan.

Mayat dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat.


Tuesday, March 3, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | Imigresen KL Tangkap Pembantu Restoran PATI






























3 Mac 2015 - Danau Kota, Kuala Lumpur. Kerana lambakan pekerja asing di kedai-kedai makan yang diragui status permit dan paspotnya.... imigresen kuala lumpur terpaksa menggempur beberapa premis gerai dan kedai-kedai makan tersebut. 

Ops Selera & Ops Sapu serbu kedai makan dan cuci kereta

Hasil aduan awam, 12 pekerja asing tanpa izin ditangkap dalam ops selera dan ops sapu di sebuah restoran premis cuci kereta dan sebuah rumah di Danau Kota ibu negara awal pagi tadi. Operasi mengejut itu turut dibantu Jabatan Pengangkutan Awam Malaysia digerakkan kira-kira jam 12 malam tadi. Ketika diserbu, ada antara mereka bertindak melarikan diri. Namun cubaan itu gagal apabila premis terbabit dikepong. Lebih 35 pekerja asing dan pelanggan diperiksa. Dan semakan mendapati 11 daripada yang ditahan adalah warga Indonesia dan seorang Thailand beruisa antara 20 hingga 45 tahun. 

Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Mohd Zamry Mohd Nor, ketika serbuan dibuat majikan mereka tiada di lokasi dan pihaknya mengeluarkan notis untuk arahan siasatan lanjut. Antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah dan permit kerja.

Kes disiasat mengikut seksyen 6 (1) (C) dan seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1963. Kesemua tangkapan dibawa ke depog tahanan imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.


Sunday, March 1, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Sarang Maksiat Warga Asing


26 Februari 2015 - Mont Kiara, Kuala Lumpur. Gempur sarang pelacuran habis-habisan... itu yang dilakukan pihak berkuasa bagi memerangi sindiket pelacuran yang semakin mencabar kewibawaan mereka.
Malam tadi... lebih 87 wanita warga asing yang disyaki dijadikan hamba seks di sebuah pusat hiburan dekat montn kiara ibu negara berjaya diselamatkan.

Serbuan itu dilakukan hasil risikan polis bahagian maksiat d tujuh bukit aman sejak 2 minggu lalu.

Premis beroperasi secara haram itu didakwa bersekongkol dengan sindiket pelacuran untuk kaut keuntungan cepat.

Hasil pemeriksaan mendapati, 13 daripada tangkapan tidak memiliki paspot.
Mereka disyaki turut menawarkan kegiatan seks kepada pelanggan dengan mengenakan caj sekitar 200 hingga 300 ringgit dan melakukannya di hotel bajet berhampiran.
Polis turut merampas pelbagai peralatan audio dan sejumlah wang tunai 10 ribu ringgit.
Seorang ibu ayam turut ditahan.

Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 36 tahun dibawa ke ipd dang wangi dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 12 akta ATIPSOM.