Tuesday, March 10, 2015

Filled Under:

MKL Crimedesk | Awang Hitam Maut Jatuh Longkang Lari DarI Polis







4 Mac 2015 - Kepong, Kuala Lumpur. Padah lari dari pemeriksaan polis, seorang lelaki warga Nigeria maut setelah terjatuh dari longkang setinggi 1 meter di Laman Rimbunan Kepong malam tadi. Kejadian berlaku kira - kira jam 9. 30 malam ketika mangsa dan 2 rakannya dipercayai sedang berjalan di kawasan premis kedai taman itu. 

Pergerakannya mencurigakan memaksa polis URB yang sedang membuat rodaan cuba menahan mereka.
Salah seorang dari mereka telah menunjukkan paspotnya, manakala mangsa dan seorang lagi rakannya melarikan diri. Selepas pemeriksaan anggota URB telah teruskan rondaan. 3 minit kemudian anggota URB periksa lokasi itu sekali lagi dan terserempak dengan mangsa dan rakannya. Salah seorang telah lari dan panjat tembuk parit untuk melarikan diri. Anggota URB bertindak menolong mangsa selepas dengar jeritan meminta tolong. Mangsa disahkan mati ditempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy mangsa dipercayai seorang Nigeria tetapi tiada pengenalan diri bersamanya. Kes setakat ini disiasat sebagai Repot kematian mengejut. Siasatan masih diteruskan temasuk rekod jenayah mangsa.


0 comments:

Post a Comment