Tuesday, March 10, 2015

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Bukit Aman Cekup 27 GRO Asing











10 Mac 2015 - Cheras, Kuala Lumpur. Tak kira siang atau malam, sindiket pelacuran tetap berdegil menjaja pelacurnya untuk cari pelanggan. Itu kegiatan sebuah pusat refleksologi di Taman Connaught Cheras yang didapati hampir saban malam dipenuhi pengunjung si hidung belang. 

Dan malam tadi, lubuk mereka itu berjaya dibongkar dan memberkas 12 wanita vietnam disyaki pelacur. Serbuan pasukan Unit STAGG Bukit Aman ini turut menahan 2 pelanggan yang asyik melakukan seks. Seorang bapa ayam berusia 40 tahun juga ditangkap. Operasi diketuai ASP Davidson Tanggapan berhasil selepas intipan selama 3 hari. Siasatan mendapati premis terbabit beroperasi sejak 2 bulan lalu dan pelacurnya ligat menjual tubuh seawal jam 1 tengah hari hingga lewat pagi. Bayaran seks dikenakan 160 ringgit selama 45 minit. Beberapa perlatan seks dan sejumlah wang tunai dirampas. Polis masih menyiasat sindiket yang membekalkan pelacur itu.Tangkapan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment