Tuesday, March 10, 2015

Filled Under:

MKL Crimedesk | Kilang Kasut Musnah Dijilat Api









4 Mac 2015 - Serdang, Selangor. Sebuah kilang kasut di kawasan perindustrian Sri Serdang, Selangor musnah dalam kebakaran pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang En. Zolkipli Sailan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira kira jam 7.09 minit pagi . 



8 jentera bomba dengan kekuatan lebih 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran. Namun apabila sampai ke lokasi kejadian kira kira jam 7.11 pagi, api di kilang ini sudah marak dengan cepat. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira kira jam 7.52 pagi. Ketika kejadian,  tiada pekerja di kilang ini kerana masih belum memulakan operasi.



Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.



0 comments:

Post a Comment