Tuesday, March 10, 2015

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Polis Tahan Seorang Lelaki Bersama Pelacur & Kondom







9 Mac 2015 - Puchong, Selangor. Seorang lelaki yang juga bapa ayam ditangkap bersama ratusan kondom yang ditemui dalam bonet keretanya di depan sebuah rumah urut Puteri Puchong malam tadi. Suspek berusia 30 an itu diberkas ketika cuba membawa pulang gro asing yang dibekalkannya di rumah urut terbabit. 

Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat D7 IPD Serdang itu turut menahan 2 wanita warga Vietnam dipercayai dijadikan hamba seks. Pemeriksaan polis menemui sebuh kotak besar dipenuhi ratusan kondom dan kotak rokok di sembunyikan dekat bonet kereta dan bahagian bawah tempat duduk kereta. Ia disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran. Polis percaya suspek sudah mengesan kehadiran polis dan cuba elak untuk ke premis terbabit. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.


0 comments:

Post a Comment