Tuesday, March 10, 2015

Filled Under: , ,

Wanita Dalam Pantang Separuh Bogel Ditemui Mati







4 Mac 2015 - Petaling Jaya, Selangor. Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, Selangor. Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah.

Namun bayi lelaki berusia dua bulan terselamat. Ketika ditemui tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya. Kejadian disedari oleh suaminya kira kira jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaannya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim, difahamkan mangsa yg berusia 23 tahun itu menyewa salah satu bilik di dalam sebuah rumah yg turut dihuni 5 pekerja kilang iaitu rakan suaminya. Forensik menemui senjata  digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu. Pemeriksaan turut menemui kesan pecah masuk pada bilik mangsa. Polis masih meneliti bukti bukti dan menunggu rakan serumah mangsa untuk diambil keterangan.

Mayat dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat.


0 comments:

Post a Comment