Thursday, April 30, 2015

MKL Crimedesk | Warga Afrika Ditemui Mati Dalam Longkang

29 April 2015 - Puchong, Selangor. Seorang lelaki warga afrika ditemui mati di dalam sebuah longkang tepi lebuhraya batu 14 plaza tol Bukit Puchong malam tadi. Mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 11 malam.

Curiga dengan penemuan mayat yang disangkakan pengsan itu... polis dihubungi.

Pemeriksaan forensik menemui beberapa kesan luka di badan mangsa. Mangsa yang lengkap berpakaian itu dipercayai mati lebih 6 jam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Abdul Aziz Ali berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Namun siasatan masih dilakukan sehingga laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian selesai.

Mayat dibawa ke hospital Serdang.

Thursday, April 23, 2015

Kanak-kanak Jatuh dari Tingkat 3


23 April 2015. Kanak-kanak jatuh daripada tingkat 3 di tmpt Pusat Tuisyen mangsa dihantar. Menurut maklumat, kanak-kanak malang ini bernama Damon Yen Zhi Yang umur 8 Tahun no My Kid 071029-10-2077


,

MKL Crimedesk | 2 Maut Dipanah Petir di Melaka

23 April 2015 - Merlimau, Melaka. Utk makluman hujan lebat dan angin kencang serta petir kuat sebentar tadi mengakibatkan 2 maut dan 2 cedera parah akibat panahan petir.Kejadian berlaku ketika mengambil madu kelulut dibelakang Taman Muhibbah Fasa 14.Yang parah kini telah dihantar ke Hospital Melaka manakala 2 lg jenazah kini ditempat kejadian.Al Fatihah
#Dekat Merlimau
#Salam Maghrib

Wednesday, April 15, 2015

MKL Crimedesk | SUSPEK KES BUNUH 2 LELAKI DITANGKAP

15 April 2015 - Rawang, Selangor. Suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh 2 lelaki di Rawang , Selangor ditangkap dalam tempoh kurang 2 jam selepas melakukan perbuatan itu.

Kedua dua suspek itu ditangkap di sebuah hotel yang berada tidak jauh dari lokasi penemuan mayat itu.

Suspek ditangkap selepas polis menjejaki mereka berdasarkan bukti dan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian.

Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai sebuah kenderaan jenis perodua Kembara yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan cerun di jalan lama Rawang-Kuang.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui dua mayat lelaki dipercayai warga tempatan di bahagian tempat duduk depan dan belakang.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan. Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.



Tuesday, April 14, 2015

,

MKL Crimedesk | Wanita Mongolia Mati Jatuh Dari Kondo di Desa Pandan


13 April 2015 | Kuala Lumpur. Seorang pelajar wanita warga Mongolia ditemui mati disyaki terjatuh dari tingkat 6 sebuah kondominium mewah Desa Pandan siang tadi.

Mangsa ditemui penduduk kira-kira jam 12 tengah hari tadi dalam keadaan berlumuran darah di tempat letak kereta dan disahkan mati oleh pihak ambulan.

Pemeriksaan forensik menemui kesan pergaduhan di rumah mangsa namun tiada senjata ditemui di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menahan 3 rakan serumah mangsa sejurus selepas penemuan itu.

Kesemua suspek berusia 20 an itu hanya memiliki pas lawatan sosial yang memasuki negara akhir bulan Mac lepas.

Difahamkan mangsa berusia 29 tahun itu sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan berikutan penemuan pas pelajar.

Hasil temu bual jiran mangsa mengatakan mereka terdengar pergaduhan beberapa jam sebelum mangsa ditemui.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.



Saturday, April 11, 2015

, ,

Geng Naga 369 Disyaki Kelar Leher Anggota Pekida

05/04/2015~Ipoh. Seorang lelaki Melayu maut dikelar kejam  di leher oleh suspek disyaki geng naga 369 dalam kejadian petang tadi berdekatan Silibin.
Kejadian berlaku pada jam 6 petang menyebabkan mangsa dikenali sebagai Hasan pekida, 30, maut di tempat kejadian.
Suspek dipercayai melarikan diri ke arah utara dengan menaiki kereta MyVi silver plat no AJC 8926 . Orang ramai yang melihat suspek diminta dengan segera menghubungi pihak polis. Suspek bersenjata dipercayai senjata sama digunakan mengelar leher mangsa.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 31 tahun disyaki kawan subahat suspek  dalam kejadian itu. Sekatan jalan telah di koordinat sekitar Ipoh dan Taiping di mana suspek dipercayai bersembunyi. Hasan dipercayai mangsa ke 3 suspek yang kini dikhuatiri akan melakukan pembunuhan lagi.

Tolong sebarkan!