Wednesday, April 15, 2015

Filled Under:

MKL Crimedesk | SUSPEK KES BUNUH 2 LELAKI DITANGKAP

15 April 2015 - Rawang, Selangor. Suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh 2 lelaki di Rawang , Selangor ditangkap dalam tempoh kurang 2 jam selepas melakukan perbuatan itu.

Kedua dua suspek itu ditangkap di sebuah hotel yang berada tidak jauh dari lokasi penemuan mayat itu.

Suspek ditangkap selepas polis menjejaki mereka berdasarkan bukti dan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian.

Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai sebuah kenderaan jenis perodua Kembara yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan cerun di jalan lama Rawang-Kuang.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui dua mayat lelaki dipercayai warga tempatan di bahagian tempat duduk depan dan belakang.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan. Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.



0 comments:

Post a Comment