Tuesday, April 14, 2015

Filled Under: ,

MKL Crimedesk | Wanita Mongolia Mati Jatuh Dari Kondo di Desa Pandan


13 April 2015 | Kuala Lumpur. Seorang pelajar wanita warga Mongolia ditemui mati disyaki terjatuh dari tingkat 6 sebuah kondominium mewah Desa Pandan siang tadi.

Mangsa ditemui penduduk kira-kira jam 12 tengah hari tadi dalam keadaan berlumuran darah di tempat letak kereta dan disahkan mati oleh pihak ambulan.

Pemeriksaan forensik menemui kesan pergaduhan di rumah mangsa namun tiada senjata ditemui di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menahan 3 rakan serumah mangsa sejurus selepas penemuan itu.

Kesemua suspek berusia 20 an itu hanya memiliki pas lawatan sosial yang memasuki negara akhir bulan Mac lepas.

Difahamkan mangsa berusia 29 tahun itu sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan berikutan penemuan pas pelajar.

Hasil temu bual jiran mangsa mengatakan mereka terdengar pergaduhan beberapa jam sebelum mangsa ditemui.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.



0 comments:

Post a Comment