Thursday, April 30, 2015

Filled Under:

MKL Crimedesk | Warga Afrika Ditemui Mati Dalam Longkang

29 April 2015 - Puchong, Selangor. Seorang lelaki warga afrika ditemui mati di dalam sebuah longkang tepi lebuhraya batu 14 plaza tol Bukit Puchong malam tadi. Mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 11 malam.

Curiga dengan penemuan mayat yang disangkakan pengsan itu... polis dihubungi.

Pemeriksaan forensik menemui beberapa kesan luka di badan mangsa. Mangsa yang lengkap berpakaian itu dipercayai mati lebih 6 jam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Abdul Aziz Ali berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Namun siasatan masih dilakukan sehingga laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian selesai.

Mayat dibawa ke hospital Serdang.

0 comments:

Post a Comment