Saturday, May 30, 2015

Lari Sekatan Polis: Penunggang Remaja Maut

20 Mei 2015 - Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Tindakan terburu-buru seorang penunggang motosikal membuat pusingan u semata-mata elak dari sekatan polis akhirnya mengundang maut.

Penunggang berusia 21 tahun itu mati dilokasi kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Loke Yew awal pagi tadi.

Insiden jam 12.20 pagi berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis yamaha rxz dari perjalalanan ibu negara.

Bagaimanapun dia bertindak berpatah balik dengan menaiki pembahagi jalan disyaki untuk lari dari sekatan jalan sempena Ops Warta yang dilakukan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fakhrul Afiq Ab Hamid dari Cheras Baru.

Siasatan awal pokis mendapati cukai jalan motosikal yang ditunggang mangsa telah tamat sejak 2013 dan dipercayai punca awal mangsa melarikan diri.

Ketua Trafik Jalan Bandar DSP S. Markandan berkata, Fakhrul merentasi pembahagi jalan dan memasuki laluan laju sebelum dirempuh sebuah proton iswara.

Fakhrul disahkan mati akibat cedera parah di kepala.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 kurungan 1 akta pengangkutan jalan 1997. Mayat dibawa ke hospital kuala lumpur untuk bedah siasat.


Bangla Maut Jatuh Dari Jambatan Lari Tak Bayar Teksi

Maklum satu kejadian SDR jatuh dari jambatan.

Lokasi kejadian di KM 18 persiaran surian berhampiran dengan Palm Spring Kondominium.

Hasil siasatan awal.
Siasatan awal mendapati mangsa adalah 1 lelaki Bangladesh 
Nama Ashraful 
Umur 29 thn.
Pasport no Ac 8434005

Siasatan mendapati punca kematian adalah kerana mangsa cuba hendak melarikan diri dari membayar tambang teksi bersama seorang rakannya yang lain. Mangsa keluar dari teksi dan cuba melarikan diri dengan melompat dari jambatan tetapi telah terjatuh ke bawah dengan ketinggian lebih kurang 30 kaki. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Pemandu teksi juga telah membuat laporan polis.  Pemandu teksi 
nama Mohd Rawi bin Che som. Umur 55 thn.

Menurutnya beliau telah mengambil mangsa dan rakannya dari Pelangi Damansara hendak ke Sunway Giza Kota Damansara. Semasa melalui jambatan berhadapan Palm Spring kondo mangsa dan rakannya telah bertanyakan berapa tambang teksi dan apabila beliau bagitau tiba-tiba kedua dua mereka enggan membayar tambang. Kawan mangsa telah mencekik leher pengadu dan apabila beliau berhentikan teksi kedua2 mereka terus keluar dari teksi. Mangsa telah dilihat terjun dari jambatan manakala rakan mangsa lari ke arah stesen minyak.

Mayat simati telah dihantar ke hopsital Sg Buluh untuk bedah siasat.

Siasatan akan diteruskan untuk mengesan rakan simati.



, ,

MKL Crimedeks | Operasi Cantas Khas dan Noda

29 Mei 2015 - Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Hampir setiap tahun diserbu.... pasti berhasil dengan tangkapan wanita warga asing dijadikan gro.

Pusat hiburan 3 tingkat di Jalan Imbi Kuala Lumpur ini seakan tidak kisah dengan hukuman yang pernah dikenakan.

Malam tadi... premis sama sekali lagi digempur dengan tangkapan 36 wanita warga vietnam dan china. Ketika serbuan... ada yang cuba melarikan diri ke laluan tikus.

Operasi Cantas Khas dan Noda digerakkan unit maksiat d tujuh IPK Kuala Lumpur diketuai ASP Ahmad Zahirudin Baharom.

Seorang bapa dan ibu ayam turut diberkas.

Risikan percaya gro terbabit turut menawarkan kegiatan pelacuran di luar premis.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang wangi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 11 kurungan 7 akta imigresen.


Tuesday, May 19, 2015

MKL Crimedesk | Ops Cantas Khas D7 IPK KL















13 Mei 2015 - Cheras, Kuala Lumpur. Lubuk pelacuran terus digempur polis. Sebuah pusat hiburan di Cheras yang disyaki menawarkan khidmat gro asing akhirnya diserbu malam tadi. 26 wanita warga asing ditangkap dalam serbuan ops noda. Turut ditahan... seorang lelaki yang tersenarai dalam orang dikehendaki polis. 



Operasi diketuai ASP Zahirudi Baharom bersama 2 pegawai dan 11 anggota turut mengejutkan lebih 50 pengunjung. Hasil pemeriksaan ...  25 wanita warga china dan seorang Vietnam didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial. Seorang lelaki tempatan didapati bersabit kesalahan 420 kanun keseksaan. 



Risikan percaya premis terbabit bersubahat dengan sindiket pelacuran bagi mendapatkan bekalan wanita asing. Tips pula bergantung kepada komisyen jualan minuman keras. Polis masih memburu agen sindiket pelacuran. Kesemua tangakapan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.


Monday, May 11, 2015

,

MKLCrimedesk | Nota Terakhir Rosshidah

6 Mei 2015 - Cyberjaya, Selangor. Misteri  mayat perempuan yang dikenali sebagai Roshidah Abdullah 30 dibelukar bawah jambatan disusur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti sebelah Universiti Lim Kok Wing, semakin terungkai dengan penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga tunang kepada mangsa.

Dimaklumkan juga lelaki tersebut juga mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. 


Mklcrimedesk | Hamba Seks Warga Asing Diselamatkan

5 Mei 2015 - Seri Kembangan, Selangor. Intipan sebuah laman sesawang yang memaparkan gambar gadis-gadis berpakaian seksi yang disyaki dijadikan hamba seks membongkar kegiatan pelacuran sebuah premis urut di Seri Kembangan malam tadi.

22 wanita warga Vietnam dan Indonesia termasuk seorang remaja diselamatkan dalam serbuan operasi itu.

Serbuan bahagian maksiat D7 Bukit Aman diketuai inspektor Razali Md Kassim turut menemui puluhan kondom.
 
Ketika diserbu 5 pasangan asyik melakukan seks. Polis turut menahan 3 pekerja dan seorang penjaga bagi membantu siasatan.

Risikan percaya kegiatan ini didalangi sindiket pelacuran. Kesemua wanita dan tangkapan dibawa ke ipd serdang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah akta anti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran atipsom.