Saturday, May 30, 2015

Filled Under:

Lari Sekatan Polis: Penunggang Remaja Maut

20 Mei 2015 - Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Tindakan terburu-buru seorang penunggang motosikal membuat pusingan u semata-mata elak dari sekatan polis akhirnya mengundang maut.

Penunggang berusia 21 tahun itu mati dilokasi kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Loke Yew awal pagi tadi.

Insiden jam 12.20 pagi berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis yamaha rxz dari perjalalanan ibu negara.

Bagaimanapun dia bertindak berpatah balik dengan menaiki pembahagi jalan disyaki untuk lari dari sekatan jalan sempena Ops Warta yang dilakukan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fakhrul Afiq Ab Hamid dari Cheras Baru.

Siasatan awal pokis mendapati cukai jalan motosikal yang ditunggang mangsa telah tamat sejak 2013 dan dipercayai punca awal mangsa melarikan diri.

Ketua Trafik Jalan Bandar DSP S. Markandan berkata, Fakhrul merentasi pembahagi jalan dan memasuki laluan laju sebelum dirempuh sebuah proton iswara.

Fakhrul disahkan mati akibat cedera parah di kepala.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 kurungan 1 akta pengangkutan jalan 1997. Mayat dibawa ke hospital kuala lumpur untuk bedah siasat.


0 comments:

Post a Comment