Saturday, May 30, 2015

Filled Under: , ,

MKL Crimedeks | Operasi Cantas Khas dan Noda

29 Mei 2015 - Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Hampir setiap tahun diserbu.... pasti berhasil dengan tangkapan wanita warga asing dijadikan gro.

Pusat hiburan 3 tingkat di Jalan Imbi Kuala Lumpur ini seakan tidak kisah dengan hukuman yang pernah dikenakan.

Malam tadi... premis sama sekali lagi digempur dengan tangkapan 36 wanita warga vietnam dan china. Ketika serbuan... ada yang cuba melarikan diri ke laluan tikus.

Operasi Cantas Khas dan Noda digerakkan unit maksiat d tujuh IPK Kuala Lumpur diketuai ASP Ahmad Zahirudin Baharom.

Seorang bapa dan ibu ayam turut diberkas.

Risikan percaya gro terbabit turut menawarkan kegiatan pelacuran di luar premis.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang wangi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 11 kurungan 7 akta imigresen.


0 comments:

Post a Comment