Tuesday, May 19, 2015

Filled Under:

MKL Crimedesk | Ops Cantas Khas D7 IPK KL















13 Mei 2015 - Cheras, Kuala Lumpur. Lubuk pelacuran terus digempur polis. Sebuah pusat hiburan di Cheras yang disyaki menawarkan khidmat gro asing akhirnya diserbu malam tadi. 26 wanita warga asing ditangkap dalam serbuan ops noda. Turut ditahan... seorang lelaki yang tersenarai dalam orang dikehendaki polis. 



Operasi diketuai ASP Zahirudi Baharom bersama 2 pegawai dan 11 anggota turut mengejutkan lebih 50 pengunjung. Hasil pemeriksaan ...  25 wanita warga china dan seorang Vietnam didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial. Seorang lelaki tempatan didapati bersabit kesalahan 420 kanun keseksaan. 



Risikan percaya premis terbabit bersubahat dengan sindiket pelacuran bagi mendapatkan bekalan wanita asing. Tips pula bergantung kepada komisyen jualan minuman keras. Polis masih memburu agen sindiket pelacuran. Kesemua tangakapan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.


0 comments:

Post a Comment