Wednesday, June 24, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk | Pengedar Dadah Warga Asing Tumpas



23 Jun 2015 - Petaling Jaya, Selangor.

SATU SINDIKET PENGEDARAN DADAH DI LEMBAH KLANG TUMPAS DENGAN TERTANGKAPNYA EMPAT LELAKI WARGA AFRIKA DI DUA SERBUAN BERASINGAN DI SUNGAI BULOH DAN SRI DAMANSARA, PETALING JAYA, MALAM TADI.

DIFAHAMKAN DUA SUSPEK DITANGKAP DI SUNGAI BULOH MANAKALA SELEBIHNYA DITAHAN DI SRI DAMANSARA, KIRA-KIRA PUKUL 11 MALAM TADI.
KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI KHALID ABU BAKAR DALAM LAMAN TWITTER-NYA MEMBERITAHU, SUSPEK DITAHAN BERSAMA TUJUH KILOGRAM KOKAIN DAN 800 GRAM SYABU.
BAGAIMANAPUN, SATU SIDANG MEDIA KHAS DIJANGKA DILAKUKAN DALAM MASA TERDEKAT.


Saturday, June 20, 2015

, , ,

Maut Awal Ramadhan

18 Jun 2015 - Rawang, Selangor. Dihari pertama menyambut Ramadhan, seorang ibu terpaksa menempuh dugaan apabila anak lelakinya maut dalam kemalangan motosikal tengah hari tadi.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari di jalan Tasik Puteri Rawang. Difahamkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh sisi belakang lori yang sedang diletakkan di tepi jalan kerana kerja memotong pokok.

Mangsa Tercampak

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak di tengah jalan dan digilis sebuah lagi lori yang tidak sempat membrek di laluan sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad, mangsa Muhamad Ashraff Daharin berusia 18 tahun dipercayai ingin bertemu rakannya dikolej di Rawang.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Mayat dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
ENDS

Saturday, June 6, 2015

,

Gempabumi Sabah | Kronologi Update Terkini

[06/06 10:02]
Para pendaki yg selamat tiba jam 0250 pg dan disajikan oleh makanan yg disediaka  oleh ATM
[06/06 10:02] 
Kita akan bantu pihak penyelamat (bomba/jpam/smart) utk membantu mencari/membawa turun mangsa  yg masih terperangkap
[06/06 10:02]
13 anggota kita membawa turun pendaki dari puncak turun ke Timpohon Gate
[06/06 10:02]
Buat masa ini...10 x anggota tentera dan 3 anggota perubatan tentera mendaki gunung..membantu PBA dlm usaha menyelamat.
[06/06 10:02]
Timpohon gate
[06/06 10:02] 
Taklimat di sampaikan oleh Bomba/Penyelamat utk kerja2 menyelamat hari kedua
[06/06 10:02]
Update semasa op gegar pd 06/06 Jun 15:-

1.Jumlah mangsa yg telah diselamatkan - 173 org
   a. Malaysia - 114
   b. Kazakstan - 1
   c. South Korea - 1
   d. Belanda - 4
   e. USA - 5
   f. Australia - 1
   g. UK - 3
   h. New Zealand - 2
   i. India - 1
 j. Denmark - 2
 k. Filipina - 4 
 l. Singapore - 29
m. France - 2
n. German - 1
o. Irish - 1
p. Belgium -1
q. Thailand -4
r. Canada - 1

2. Mangsa yg disahkan meninggal dunia - 2

3. Mangsa (pendaki) yg masih dlm perjalanan turun/hilang - 14

Mount guide - 1

Mount Torq - 2 

Sekian utk mkluman
[06/06 10:02]
Operasi Menyelamat Fasa Ke 2.
Kekuatan Penuh : 44

a. ATM      : 12 anggota
b. SMART : 12 anggota
c. STORM : 12 anggota
d. JPAM    : 8 anggota 

Tambahan : 11 org ahli Radio Amatur sbagi penunjuk jln.

JMB : 0735H
[06/06 10:02]
Heli on stndby.. dimaklumkan semua pendaki dh di bawa turun..
[06/06 10:02]
Update utk pg ni: 
Pasukan  keselamtan masih meneruskan pencarian 16 yg masih hilang
[06/06 10:02]
Jumlah yg telah diselamatkan 81 org setakat mlm tadi.
Gambar ehsan ATM