Saturday, June 20, 2015

Filled Under: , , ,

Maut Awal Ramadhan

18 Jun 2015 - Rawang, Selangor. Dihari pertama menyambut Ramadhan, seorang ibu terpaksa menempuh dugaan apabila anak lelakinya maut dalam kemalangan motosikal tengah hari tadi.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari di jalan Tasik Puteri Rawang. Difahamkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh sisi belakang lori yang sedang diletakkan di tepi jalan kerana kerja memotong pokok.

Mangsa Tercampak

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak di tengah jalan dan digilis sebuah lagi lori yang tidak sempat membrek di laluan sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad, mangsa Muhamad Ashraff Daharin berusia 18 tahun dipercayai ingin bertemu rakannya dikolej di Rawang.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Mayat dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
ENDS

0 comments:

Post a Comment