Saturday, August 22, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | Aksi Pekerja Asing Loloskan Diri Dirakam



22 Ogos 2015 - Kuala Lumpur. Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur. Oleh kerana lambakan warga asing terus menjadi isu utama negara... agensi penguatkuasa bertekad mengatasi masalah itu dengan melakukan pelbagai jenis operasi. Dan malam tadi... Operasi secara bersepadu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur besama beberapa agensi lain digerakkan di kawasan rumah setinggan di Pantai Dalam Ibu Negara.

Aksi Pekerja Asing Loloskan Diri Dirakam

Seperti biasa.. aksi meloloskan diri di laluan-laluan sempit dan atas bumbung rumah antara tindakan pendatang asing tanpa izin yang sempat dirakamkan.

Operasi bermula jam 1.40 pagi yang diketuai oleh Tuan MOHD YUSOFF KHAN MOHD HASSAN/ Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM KL turut disertai Jabatan Imigresen Putrajaya dan Selangor,  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), RELA serta NERS mengepung 325 penduduk kawasan itu. Daripada jumlah itu.. 175 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.

Antara kesalahan utama... tiada paspot dan paspot tamat tempoh. 69 lelaki, 95 wanita dan 11 orang kanak-kanak ditahan mengikut seksyen 6 (1C) dan seksyen 15 (1C) Akta Imigresen 1963. Kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.















Thursday, August 20, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Operasi Sarang Dadah Semenyih

20 Ogos 2015 - Kajang, Selangor.  

JABATAN SIASTAN JENAYAH NARKOTIK SELANGOR BERJAYA MENAHAN 43 PENAGIH DADAH TERMASUK SEORANG PENDATANG ASING DALAM OPERASI SARANG DI SEKITAR LADANG KELAPA SAWIT DI SEMENYIH BERMULA JAM 3 PAGI SEHINGGA 2 PETANG TADI.

Wanita 2 Anak Turut Ditahan

SEORANG WANITA YANG MEMPUNYAI 2 ORANG ANAK TURUT DI TAHAN DALAM OPERASI DAN SEORANG PENJAWAT AWAM.

KETUA SIASATAN JENAYAH NARKOTIK SELANGOR ACP MD TAHIR KASSIM BERKATA POLIS TURUT MERAMPAS DADAH JENIS SYABU SEBERAT 146.66 GRAM SYABU DAN 1.8 GRAM DADAH JENIS GANJA BERNILAI 5 RIBU LEBIH.

JELASNYA LAGI OPERASI DILAKUKAN SETELAH MENDAPAT MAKLUMAT DARIPADA ORANG RAMAI YANG MENYATAKAN KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT ITU DIJADIKAN SARANG PENAGIHAN DADAH SERTA PENGEDARAN DADAH.

DIPERCAYAI, JUALAN DADAH SETIAP PAKET KEPADA PENAGIH DIANTARA 40 HINGGA 50 RINGGIT.

ADA PENAGIH YANG MELEPASKAN GIAN DI KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT INI SANGGUP DATANG DARI SEREMBAN UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN.

KESEMUA YANG DI TANGKAP BERUSIA 20 HINGGA 50 TAHUN DAN DI SIASAT MENGIKUT SEKSYEN KURUNGAN 1 AKTA DADAH MERBAHAYA.

-MetronewsKL





























Sunday, August 16, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Banteras Samseng Jalanan

16 Ogos 2015 - Kuala Lumpur. Banteras samseng jalanan melalui pelbagai operasi bersepadu sekaligus berjaya mengesan pesalah trafik tegar. Malah mereka yang ditahan.. pernah melakukan kesalahan berulang. Dan malam tadi.. sejumlah 263 buah kenderaan diperiksa di 2 laluan utama ibu negara dalam ops roda trafik kuala lumpur.

Samseng Motor Tiada Nombor Pendaftaran, tiada lesesn atau tamat tempoh

Operasi bersepadu disertai 80 anggota dan pegawai termasuk jabatan pengangkutan jalan JPJ, Jabatan Alam Sekitar JAS, unit Narkotik, Unit Jenayah Berat D4 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL. Sekatan Jalan Raya dilakukan di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut mengesan 257 kesalahan trafik. 

Operasi bermula jam 8 malam diketuai ASP Sahimi Husim itu turut menahan seorang lelaki kerana memandu secara merbahaya. Suspek berusia 20 an itu ditangkap dalam sekatan ketika cuba berpatah balik dan melawan arus. Antara kesalahan tertinggi dikesan.. tiada nombor pendaftaran di bahagian depan motosikal, tiada lesen dan lesen tamat tempoh. 

31 buah motosikal turut disita. Operasi berakhir jam 12 malam.

-MetronewsKL











Tuesday, August 11, 2015

, , , , ,

MKL Crimedesk | Trak Triton Terbabas, Pemuda Maut


11 Ogos 2015 - Puchong, Selangor. Seorang pemuda maut selepas trak triton yang dipandunya terbabas dan terbalik di Lebuhraya LDP, Puchong malam tadi.

Insiden jam 10 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke puchong.

Menurut saksi... mangsa dikatakan memandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kenderaan jenis myvi.

Pemandu myvi berjaya mengawal pemanduannya... namun kereta mangsa dikatakan melanggar penghadang jalan lalu terbalik dan terseret sejauh 20 meter.

Mangsa dikenali sebagai N. Yogarajah berusia 30 tahun maut dilokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Polis masih menyiasat punca kejadian.

Mayat dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat.
ENDS