Sunday, August 16, 2015

Filled Under: , , ,

MKL Crimedesk | Banteras Samseng Jalanan

16 Ogos 2015 - Kuala Lumpur. Banteras samseng jalanan melalui pelbagai operasi bersepadu sekaligus berjaya mengesan pesalah trafik tegar. Malah mereka yang ditahan.. pernah melakukan kesalahan berulang. Dan malam tadi.. sejumlah 263 buah kenderaan diperiksa di 2 laluan utama ibu negara dalam ops roda trafik kuala lumpur.

Samseng Motor Tiada Nombor Pendaftaran, tiada lesesn atau tamat tempoh

Operasi bersepadu disertai 80 anggota dan pegawai termasuk jabatan pengangkutan jalan JPJ, Jabatan Alam Sekitar JAS, unit Narkotik, Unit Jenayah Berat D4 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL. Sekatan Jalan Raya dilakukan di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut mengesan 257 kesalahan trafik. 

Operasi bermula jam 8 malam diketuai ASP Sahimi Husim itu turut menahan seorang lelaki kerana memandu secara merbahaya. Suspek berusia 20 an itu ditangkap dalam sekatan ketika cuba berpatah balik dan melawan arus. Antara kesalahan tertinggi dikesan.. tiada nombor pendaftaran di bahagian depan motosikal, tiada lesen dan lesen tamat tempoh. 

31 buah motosikal turut disita. Operasi berakhir jam 12 malam.

-MetronewsKL











0 comments:

Post a Comment