Tuesday, August 11, 2015

Filled Under: , , , , ,

MKL Crimedesk | Trak Triton Terbabas, Pemuda Maut


11 Ogos 2015 - Puchong, Selangor. Seorang pemuda maut selepas trak triton yang dipandunya terbabas dan terbalik di Lebuhraya LDP, Puchong malam tadi.

Insiden jam 10 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke puchong.

Menurut saksi... mangsa dikatakan memandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kenderaan jenis myvi.

Pemandu myvi berjaya mengawal pemanduannya... namun kereta mangsa dikatakan melanggar penghadang jalan lalu terbalik dan terseret sejauh 20 meter.

Mangsa dikenali sebagai N. Yogarajah berusia 30 tahun maut dilokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Polis masih menyiasat punca kejadian.

Mayat dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat.
ENDS

0 comments:

Post a Comment