Saturday, August 22, 2015

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Aksi Pekerja Asing Loloskan Diri Dirakam



22 Ogos 2015 - Kuala Lumpur. Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur. Oleh kerana lambakan warga asing terus menjadi isu utama negara... agensi penguatkuasa bertekad mengatasi masalah itu dengan melakukan pelbagai jenis operasi. Dan malam tadi... Operasi secara bersepadu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur besama beberapa agensi lain digerakkan di kawasan rumah setinggan di Pantai Dalam Ibu Negara.

Aksi Pekerja Asing Loloskan Diri Dirakam

Seperti biasa.. aksi meloloskan diri di laluan-laluan sempit dan atas bumbung rumah antara tindakan pendatang asing tanpa izin yang sempat dirakamkan.

Operasi bermula jam 1.40 pagi yang diketuai oleh Tuan MOHD YUSOFF KHAN MOHD HASSAN/ Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM KL turut disertai Jabatan Imigresen Putrajaya dan Selangor,  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), RELA serta NERS mengepung 325 penduduk kawasan itu. Daripada jumlah itu.. 175 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.

Antara kesalahan utama... tiada paspot dan paspot tamat tempoh. 69 lelaki, 95 wanita dan 11 orang kanak-kanak ditahan mengikut seksyen 6 (1C) dan seksyen 15 (1C) Akta Imigresen 1963. Kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.















0 comments:

Post a Comment