Tuesday, September 29, 2015

, , ,

MKL Crimedesk | Spa ada khidmat Kerusi Sex

29 September 2015 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Khidmat khas kerusi seks rupanya ada disediakan sebuah pusat kecantikan spa di Bukit Bintang ibu negara. Hasil tindakan pantas unit STAGG Bukit Aman dibantu anggota Bahagian Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur, premis itu digempur malam tadi. 

Sedang Lakukan Seks...

32 pelacur asing dan 8 pekerja termasuk ibu ayam ditangkap dalam operasi itu. Ketika diserbu... ada yang asyik sedang melakukan seks.. ada pula yang leka bertaruh. Menurut Ketua Operasi STAGG Bukit Aman DSP Mohd Shokri Abdullah... hasil pemantauan 2 minggu mendapati kegiatan haram itu sangat aktif seawal jam 1 tengah hari hingga lewat pagi. Dan aktiviti judi online pula dipercayai mampu meraih pendapatan lebih puluhan ribu ringgit semalam. 

14 buah mesin perjudian online.. sebuah mesin kawalan dan modem dirampas. Manakala sejumlah wang tunai lebih 13 ribu ringgit hasil perjudian dan persundalan juga dirampas. 11 kaki judi dan seorang pelanggan pelacur turut diambil keterangan. Ratusan kondom dan alatan seks dirampas. Polis masih menyiasat sindiket yang membekalkan pelacur asing. 

Kesemua tangkapan dibawa ke ipd danh wangi untuk tindakan lanjut.

Monday, September 28, 2015

, ,

MKL Crimedesk | 7 DIDAKWA KES KEMATIAN ANTHONY KEVIN MORAIS

28 September 2015 - Kuala Lumpur. Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 55. sementara itu, seorang doktor tentera didakwa di mahkamah sama atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan itu pada 4 september lalu.

Semua tertuduh bagi kesalahan membunuh ialah G Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A Thinesh kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S Nimalan, 22 dan S Ravi Chandaran, 34. bagi tuduhan bersubahat pula, tertuduh adalah pakar patologi, kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52. enam tertuduh berkenaan
didakwa membunuh Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas raya, Sentul ke no 1, Jalan usj1/6d, Subang Jaya pada 4 september di antara jam 7 pagi dan 8 malam. Semua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kunaseegaran pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 109 kanun keseksaan dibaca bersama-sama seksyen 302 kanun sama, yang turut memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes berkenaan akan dipindahkan ke mahkamah tinggi. majistret siti radziah kamarudin menetapkan pada 30 november
bagi sebutan kes.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Datuk Abdul Razak Musa. Dhineshwaran diwakili peguam M Manoharan, manakala Kunasegaran diwakili peguam datuk n sivananthan. tertuduh lain tidak diwakili
peguam.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di persiaran subang mewah, subang jaya, dekat sini 16 september lalu.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 september dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran wa6264q. Pihak jabatan perubatan forensik hospital Kuala Lumpur sehingga kini belum dapat mengenal pasti punca kematian mangsa.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata waris mendiang Anthony Kevin morais enggan menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian.

Katanya, anggota keluarga mendiang timbalan ketua bahagian bicara dan rayuan di jabatan peguam negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada jabatan perubatan forensik hospital kuala lumpur tentang perkara itu.

-metronewskl

, , , ,

MKL Crimedesk | OPS Gro Asing Buki Bintang







28 September 2015 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Operasi mengempur pusat-pusat hiburan yang menjadi lubuk sindiket pelacuran mengaut keuntungan terus diperhebatkan...Terbaru...sebuah pusat karaoke yang menggunakan khidmat 22 orang wanita warga asing
disyaki pelacur diserbu di bukit bintang malam tadi. Kesemua mereka diberkas dalam operasi khas bahagian maksiat D7 IPK Kuala Lumpur. 


Dengan kekuatan 4 pegawai serta 18 anggota diketuai dsp Eu Kee Leong.... premis yang memuatkan lebih 100 pelanggan ketika itu turut diperiksa. Pemeriksaan mendapati wanita warga China, Thailand dan Vietnam tidak memiliki paspot dan permit sah. Risikan percaya tips yang diberikan kepada pelacur terbabit sekitar 50 hingga 100 ringgit dan khidmat seks dilakukan di hotel bajet. 

Seorang pengurus premis ditangkap bagi membantu siasatan. Polis masihmengenal pasti sindiket pelacur terlibat. Siasatan dilakukan mengikut seksyen 55 b dan seksyen 6 kurungan 1 kurungan c akta imigresen. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

-MetronewsKL

Tuesday, September 22, 2015

, , , ,

MKL Crimedesk | Kebakaran Kilang Kimia



12 September 2015 - Klang, Selangor. Pekerja kilang kimia melecur dan seorang pengurus gudang dikhuatiri mati manakala 3 pekerja melecur dalam kebakaran membabitkan gudang kilang kimia di Kota Kemuning, Seksyen 31, semalam. 

Kejadian jam 5 petang tadi itu berlaku ketika ramai lagi pekerja kilang sedang bertugas. Bagaimanapun berlaku kebakaran sehingga menyebabkan api marak dengan pantas.

3 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat Kota Anggerik, Shah Alam dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Tuan AliMadia Muhriz, Pegawai Kanan Penguasa Bomba 2 Selangor. Sebaik tiba jam 5.34 petang berlaku beberapa letupan berikutan bahan kimia terbabit dikelaskan sebagai bahan mudah terbakar. 

Mangsa dikenali sebagai Ajay Pai Singh dirawat di zon merah dan Imran Jyltnaid dan Kamarul dirawat di zon merah kuning di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Manakala Neo Khoon Seng 55 tahun dipercayai kelihatan di kilang terbabit masih belum ditemui.

Letupan Berlaku

Gudang berkenaan menyimpan beberapa jenis bahan kimia seperti `nitrocellulose UN 2556’ (pepejal mudah terbakar) serta `afcona resin solution UN 1866’, `printing ink UN 1210’ dan `ethanol/alcohol UN 1170’, masing-masing cecair mudah terbakar. 

Kerja mengesan mangsa terbabit masih diteruskan pagi ini. Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. METRONEWSKL


Monday, September 14, 2015

, ,

TV PPIM | Rampas Foodtrak .. PPIM Dakwa Majlis Bandaraya Petaling Jaya Z...



Persoalannya, adakah Pihak Berkuasa Tempatan menjadikan kompaun sebagai target pendapatan mereka? Bukankah mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, memberikan peluang samarata kepada rakyat yang ingin menjalankan perniagaan?

Apa komen anda?


Saturday, September 12, 2015

, ,

Crane Jatuh | Musibah di MasjidilHaram





14 September 2015 - MasjidilHaram, Mekah. Selepas dilanda beberapa siri ribut pasir, Mekah ditimpa musibah lagi dengan kejadian crane runtuh yang mengakibatkan 65 terkorban setakat ini. (Laporan dari TV Alhijrah lintaslansung sidang media Tabung Haji Malaysia).

Berita yang diterima 4 rakyat Malaysia juga adalah antara yang terkorban. Marilah kita sama-sama berdoa agar semua bakal jemaah haji yang sedang berkumpul di Mekah dan Madinah Selamat hendakla dikindungi Allah SWT. Amiin.

Friday, September 11, 2015

, ,

MKL Crimedesk | Kebakaran Bengkel Mengecat Kenderaan Dan Kedai Membaiki ...





10 September - Kepong, Kuala Lumpur. Sebuah asrama pekerja , 8 bengkel mengecat kenderaan dan kedai membaiki peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Kepong Baru, Kuala Lumpur awal pagi pagi tadi.

Masalah mendapatkan bekalan air di kawasan setinggan ini turut menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran. 

Bomba menerima panggilan kecemasan kira kira jam 6:30 pagi tadi dan sampai di lokasi kira kira 10 minit kemudian.
Ketika sampai api sedang marak kerana struktur bangunan asrama pekerja dan bengkel ini yang diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun ketika kejadian tiada penghuni berada di dalam asrama berkenaan. Pekerja bengkel yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan diri. Masalah tekanan air di kawasan kejadian juga menyebabkan pasukan bomba sukar untuk memadam kebakaran. 

7 jentera bomba bersama 57 anggota dari Balai Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah dan Gombak Selatan bertungkus lumus kira kira setengah jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya.

Turut musnah dalam kebakaran ini adalah 5 buah kereta dan sebuah motosikal. Pasukan bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Monday, September 7, 2015

, ,

12 Budak Ponteng Sekolah Kena Tangkap

7 September 2015 - Rawang, Selangor. Jadikan alasan tak nak masuk perhimpunan... segelintir pelajar sebuah Sekolah Menengah di Rawang yang sedang menunggu peperiksaan Sijil Penilaian Menengah sanggup ponteng sekolah di saat-saat akhir persediaan.
Muak dengan sikap sambil lewa pelajar... Persatuan Penduduk taman itu menggempur sarang ponteng mereka.

Lorong kedai makan yang ditutup dijadikan port mereka sejak 3 bulan lepas.

Hasilnya.... 12 pelajar berpakaian sekolah ditangkap.

Kerana terkedu ... mereka tak sempat buat apa-apa dan lebih memalukan... ada yang sedang merokok.

Menurut pemerhatian hasil kerjasama PIBG dan Persatuan Semangat ibu bapa taman itu ... isu ponteng sekolah itu sudah lama berlaku biarpun berkali-kali ditegur.

Namun tindakan segelintir ibu bapa yang tidak ambil kisah... perkara itu berkubur.

Kesemua pelajar yang ditangkap ini dibawa ke sekolah untuk membolehkan tindakan disiplin diambil.

Operasi rondaan dan sesi kaunseling ini dilakukan secara berterusan bagi membanteras isu tidak bermoral ini.

ENDS

Saturday, September 5, 2015

, , , ,

Kebakaran Tokong Cina Air Panas KL | Sami Wanita Rentung


3 September 2015 - Air Panas, Kuala Lumpur. 3 sami wanita ditemui rentung akibat terperangkap dalam kejadian kebakaran sebuah tokong cina berhampiran PPR Kampung Baru Air Panas Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 3.15 pagi. 10 minit kemudian... 6 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah dan KLCC tiba di lokasi kejadian yang diketuai oleh Abu Obaidat Mohd, Timbalan Pengarah Bomba Kuala Lumpur

Sebaik tiba.. api sedang marak dengan pantas. Tokong seluas 100 kaki persegi itu musnah seratus peratus.

Beberapa buah rumah setinggan yang berada berhampiran tokong terbabit sempat diselamatkan.

Pemeriksaan menemui kesemua mangsa berusia 60 an mati dalam bilik air.

Unit forensik bomba turut dikerahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. Anggaran kerugian masih dalam siasatan. Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur.

ENDS

Thursday, September 3, 2015

, , , , ,

Kes Kejar-mengejar Sebuah Kereta Dan Melepaskan 2 Das Tembakan

3 September 2015 - Chow Kit, Kuala Lumpur. Semasa police team Task Force ( TF ) buat rondaan di belakang Balai Chow Kit telah ternampak 1 buah motokar dalam keadaan mencurigakan. Seterusnya tean TF, cuba tahan , Sebaliknya  m/kar BKF 636 proton warna biru dengan 3 lelaki terus memecut laju,  team  TF  telah  mengejar kereta melalui   jalan raja laut..Dan sekali  lagi anggota polis telah arahkan supaya kereta tersebut berhenti..Tetapi kenderaan tersebut telah melanggar beberapa Kereta orang awam  di Jalan Raja Laut dan melarikan diri sehingga  bulatan segambut  dengan dibantu oleh kereta peronda bantuan,saspek berjaya ditahan. 

Tangkapan:

1. Pemandu..lelaki umur 33 th,  luka  tembakan di lengan kiri dan kening mata kanan hentakan stering kereta,
Saspek B1 ini pernanh ditangkap 2 kali untuk kes wang palsu dan penagihan dadah bersabit Brickfields 2014/2015..

2  Seorg lelaki 30 tahun, tiada kecederaan, penumpang belakang, Anggota Tentera yg. lari tugas..Kem Sg Besi, 71 REJIMEN Semboyan, tiada sebarang rekod lampau.

3.Seorg lelaki umur 25 tahun Saspek (B3) ini pernah ditangkap sebanyak 5 kali bersabit Jln Cambell, sek 223/224 KK, 2014, Brickfield/ 39(A)(1) ADB thn 2015, dan Bestari Jaya atas kes wang palsu 2015.

Rampasan
-1 buah gari dijumpai di poket seluar sebelah kiri hadapan B1.
-Alatan hisap dadah (dapur) serta sedikit dadah jenis syabu.
- Duit palsu
- kenderaan dipercayai kereta sewa. ( sedang periksa periksa pemilik) 
- Mesin pencetak wang palsu dan segumpal wang kertas dipercayai duit palsu yang dipotong dalam bonet kereta..

Tiada kecederaan serius pada suspek..2 suspek sedang mendapat rawatan.

Kecederaan seorang anggota cedera kelaran di tangan kiri akibat cuba dirempuh.

, , ,

Jadi Mangsa Akibat Gaji Lumayan

2 September 2015 - Klang, Selangor. Umpan mangsa dengan tawaran gaji lumayan... 

Itu taktik yang digunakan sindiket pelacur yang memperdagangkan remaja seawal usia 16 tahun.

Namun hasil risikan Polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor.... kegiatan mereka berjaya dipintas.

2 remaja 16 tahun bersama 15 lagi wanita warga asing diselamatkan dari terus dijadian habuan seks.

Serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan dekat Bukit Tinggi Klang kira-kira jam 12 malam tadi.

Ketika premis digempur... lebih 100 pelanggan sedang dihiburkan dengan layanan gro terbabit diketuai Oleh DSP Abdul Ghofar Ahmad, Ketua Turus D7 Selangor.

2 lelaki dan seorang ibu ayam turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Selain peralatan audio... wang tunai juga dirampas.

Polis masih memburu dalang sindiket yang membekalkan wanita asing terbabit.

Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Klang uUara untuk tindakan lanjut.

Kes diSiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia ATIP 2007, seksyen 55B Akta Imigresen.


ENDS

Tuesday, September 1, 2015

, , , , , ,

MKL Crimedesk | OPS Bersepadu JPJ Genting Klang























29 Ogos - Genting Klang, Kuala Lumpur. Tindakan seorang pemilik kenderaan mewah mengubahsuai nombor pendaftaran MPVnya akhirnya mengundang tindakan dikenakan ke atasnya. Lelaki itu ditahan dalam operasi bersepadu dilakukan agensi penguatkuasaan  di jalan genting klang awal pagi tadi. Operasi ini turut mengesan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap .

Velfire BANGSAT

Terdapat seorang pemilik MPV jenis Velfire pula didapati tidak mematuhi peraturan memasang nombor pendaftaran kerana jaraknya yang dekat. Ini menyebabkan nombor pendaftaran asalnya BAN9547 bertukar seolah oleh menjadi perkataan 'BANGSAT' Berikutan tindakan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengeluarkan saman ke atasnya.

Operasi ini disertai lebih 100 anggota penguatkuasa termasuk JPJ, PDRM, Puspakom, Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL Tuan Norhadzli bin Mohd Azhar. Dalam operasi sama, seorang pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap turut ditahan menerusi ops warta yang bermula semalam. 

Hasil operasi ini sebanyak 1019 kenderaan diperiksa. Daripada jumlah itu sebanyak 261 saman dikeluarkan kepada pemilk kenderaan atas pelbagai kesalahan. 19 kenderaan turut disita. Jabatan imigresen turut menahan 5 warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

, , , , , , ,

MKL Crimedesk | Mayat Dibunuh Dan Dibakar






















29 Ogos 2015 - Gombak, Selangor. Bukan setakat dibunuh, malah turut dibakar. Mayat pula dibuang ke dalam gaung. Tindakan  kejam itu  dilakukan pembunuh untuk melupuskan bukti dan identiti mangsa. 

Mayat 60% hangus

Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan berulat di dalam cerun bukit dekat batu 18 jalan Gombak lama  malam tadi. Mayat ditemui orang asli yang sedang mencari rotan di kawasan cerunan ini. Saksi juga terkejut apabila menemui cebisan mayat berkenaan yang hampir 60 peratus terbakar. 

Pemeriksaan forensik mendapati mangsa dibakar bersama dengan tayar kenderaan. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam gaung sedalam 5 meter itu. Berdasarkan pemeriksaan awal..mangsa dipercayai dibunuh tidak kurang dari tempoh 72 jam.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.