Monday, September 7, 2015

Filled Under: , ,

12 Budak Ponteng Sekolah Kena Tangkap

7 September 2015 - Rawang, Selangor. Jadikan alasan tak nak masuk perhimpunan... segelintir pelajar sebuah Sekolah Menengah di Rawang yang sedang menunggu peperiksaan Sijil Penilaian Menengah sanggup ponteng sekolah di saat-saat akhir persediaan.
Muak dengan sikap sambil lewa pelajar... Persatuan Penduduk taman itu menggempur sarang ponteng mereka.

Lorong kedai makan yang ditutup dijadikan port mereka sejak 3 bulan lepas.

Hasilnya.... 12 pelajar berpakaian sekolah ditangkap.

Kerana terkedu ... mereka tak sempat buat apa-apa dan lebih memalukan... ada yang sedang merokok.

Menurut pemerhatian hasil kerjasama PIBG dan Persatuan Semangat ibu bapa taman itu ... isu ponteng sekolah itu sudah lama berlaku biarpun berkali-kali ditegur.

Namun tindakan segelintir ibu bapa yang tidak ambil kisah... perkara itu berkubur.

Kesemua pelajar yang ditangkap ini dibawa ke sekolah untuk membolehkan tindakan disiplin diambil.

Operasi rondaan dan sesi kaunseling ini dilakukan secara berterusan bagi membanteras isu tidak bermoral ini.

ENDS

0 comments:

Post a Comment