Thursday, September 3, 2015

Filled Under: , , ,

Jadi Mangsa Akibat Gaji Lumayan

2 September 2015 - Klang, Selangor. Umpan mangsa dengan tawaran gaji lumayan... 

Itu taktik yang digunakan sindiket pelacur yang memperdagangkan remaja seawal usia 16 tahun.

Namun hasil risikan Polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor.... kegiatan mereka berjaya dipintas.

2 remaja 16 tahun bersama 15 lagi wanita warga asing diselamatkan dari terus dijadian habuan seks.

Serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan dekat Bukit Tinggi Klang kira-kira jam 12 malam tadi.

Ketika premis digempur... lebih 100 pelanggan sedang dihiburkan dengan layanan gro terbabit diketuai Oleh DSP Abdul Ghofar Ahmad, Ketua Turus D7 Selangor.

2 lelaki dan seorang ibu ayam turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Selain peralatan audio... wang tunai juga dirampas.

Polis masih memburu dalang sindiket yang membekalkan wanita asing terbabit.

Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Klang uUara untuk tindakan lanjut.

Kes diSiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia ATIP 2007, seksyen 55B Akta Imigresen.


ENDS

0 comments:

Post a Comment